Selera

Resepi Biskut Coklat Rice

Resepi biskut coklat rice - woman online magazine

Kredit : bp

Tercari-cari resepi biskut raya yang sedap dan paling mudah untuk membuatnya? Cubalah Resepi Biskut Coklat Rice ini.

Disebabkan terlalu senang untuk membuatnya, Biskut Coklat Rice ini boleh dibuat tidak mengira pada momen.Kebetulan Hari Raya bakal menjelang tiba, apakata anda cuba Resepi Biskut Coklat Rice ini sebagai biskut raya anda. Selamat Mencuba!

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Resepi Biskut Coklat Rice:

500 gram marjerin

500gram gula ising

100 gram serbuk koko

900 gram tepung gandum

4 biji kuning telur

1sudu makan butter oil

500 gramm coklat masak

500 gram coklat rice

Cara Membuatnya:

  1. Pukul marjerin dan gula ising sehingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan kacau perlahan-lahan.
  3. Masukkan butter oil dan serbuk koko yang telah diayak. Gaul perlahan-lahan sehingga sebati.
  4. Masukkan tepung, gaul lagi sehingga sebati dan menjadi doh.
  5. Kemudian canaikan doh dan teraplah mengikut acuan yang anda sukai.
  6. Bakar selama 15 minit dengan kepanasan 180F atau sehingga masak.
  7. Biskut yang telah masak dan disejukkan dicurah dengan coklat dan ditabur dengan hiasan coklat rice.

<< Dapatkan resepi Kek Lumut Sarawak di sini.

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Jom Sertai Peraduan Kucing Kebangsaan Whiskas 2015

Next post

4 Cara Berkesan Menghilangkan Karang Gigi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *