Selera

Resepi Sambal Hitam Belimbing Buluh Pahang

Belimbing Buluh - Women Online Magazine 1

Kredit foto: wikimedia4.bp.blogspot

Belimbing Buluh. Pokok belimbing buluh  yang berasal dari keluarga Oxalidaceae adalah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Malaysia dan Indonesia.

Pokok belimbing buluh mempunyai ketinggian yang sederhana antara 4 hingga 6 meter. Ia tumbuh di tanah lebab atau berpasir serta mempunyai saliran yang baik.Belimbing buluh ini jarang dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang sangat masam. Biasanya, buah yang sudah atau separuh masak akan digunakan dalam masakan sebagai penyedap rasa.

 

Dapatkan Juga: Resepi Daging Pekasam

 

Selain itu, belimbing buluh juga sering digunakan untuk menghilangkan hanyir terutamanya ikan-ikan air tawar. Ia juga biasa ditemui dalam masakan Melayu dan Cina.

 

Khasiat Belimbing Buluh

Rebus 2 atau 3 helai daun belimbing buluh dan minum air rebusannya setiap hari.

 

  • Penyakit Kronik

Bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi, buahnya sesuai untuk merawat penyakit anda.

 

Menyelesaikan masalah pencernaan dan juga melawaskan pembuangan air kecil.

 

  • Kesakitan pada leher

Ambil pucuk daun belimbing buluh dan tumbukkan bersama bawang merah. Setelah itu, tempelkan ramuan tadi pada bahagian yang sakit.

 

Gilingkan daun belimbing buluh dan lumurkan pada wajah untuk menghilangkan jerawat dan juga boleh melembutkan kulit.

 

  • Batuk dan kahak

Kukuskan bunga belimbing buluh, campurkan dengan sedikit madu dan minum.

 

Untuk bayi yang diserang demam kuning, mandikan dengan air rebusan daun belimbing buluh.

 

  • Menghilangkan panau

Ambil 10 biji buah belimbing buluh dan tumbuk sehingga halus. Kemudian tambahkan sedikit kapur dan lumurkan di bahagian yang berpanau. Biarkan sehingga 5 minit dan bilas dengan air bersih.

 

 

Belimbing Buluh - Women Online Magazine 2

Resepi Sambal Hitam Belimbing Buluh

 Bahan-bahan:

  • ½ cawan belimbung buluh (direbus)
  • ½ cawan cili padi
  • 6 ulas bawang besar (3 biji ditumbuk halus, 3 biji dihiris)
  • 1 ½ camca besar kicap pekat
  • 2 genggam ikan bilis (bersihkan)
  • 5 camca besar kicap manis
  • Sedikit garam dan gula
  • Minyak masak

 

 Cara Memasak Belimbing Buluh:

  • Bersihkan belimbing buluh. Masukkan dalam periuk tanpa menambah air. Masak dengan api yang perlahan sehingga belimbing buluh tadi mengeluarkan jusnya sendiri.
  • Perlahankan api dan kacau dengan kerap. Biarkan sehingga belimbing buluh kecut jusnya kering. (Menunggu belimbing buluh itu kecut mengambil masa lebih dari 3 jam)
  • Pastikan anda sentiasa kacau selang antara 2 – 3 minit. Bila belimbing buluh telah kecut dan gelap seperti asam jawa, tutupkan api dan sejukkan

Bahan Sambal Hitam:

  • Ambil bahan diatas, tumbukkan cili padi sehingga lumat. Bawang besar tadi juga anda tumbukkan sehingga halus. Belimbing buluh yang telah anda rebus tadi juga tumbuk sehingga hancur. Ketepikan.

Cara Memasak Sambal Hitam:

  • Tambahkan kicap pekat, kicap manis, garam dan gula. Masak dengan api yang kecil dan biarkan ia sehingga kering. Setelah ia kering dan kelihatan seperti serunding, tutupkan api.
  • Masukkan semua bahan yang ditumbuk tadi serta ikan bilis. Kacau dan biarkan sehingga ia kelihatan garing.
  • Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang yang dihiris tadi sehingga naik bau.
  • Sedia untuk dihidangkan.

 

Jangan lupa SHARE ya

<< Dapatkan resepi Sago Gula Melaka yang amat sedap di sini.

Previous post

Atasi Masalah Sakit Lutut Dengan 6 Senaman Ringkas

Next post

5 Punca Suami Takut Bini!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *