ResepiSajiSelera

Resepi Roti Sardin Pedas

Resepi Roti Sardin - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Resepi Roti Sardin. Jika anda suka menikmati sarapan ringkas, cubalah  Resepi Roti Sardin ini.

Gabungan antara roti dan sardin yang digulung ini bukan sahaja enak, tetapi juga cukup mengenyangkan untuk mengisi perut di pagi hari.

 

Ingin tahu cara membuatnya? Semak resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 tin sardin (saiz kecil) – hancurkan dan ambil isinya sahaja.

4 ulas bawang merah – dihiris halus

1 biji tomato – dihiris halus

2 biji cili besar merah – dihiris halus

2 biji telur (dipukul sehingga sedikit kembang)

2 sudu mayonis

Garam secukupnya

Roti putih yang dibuang tepi, secukupnya

 

Dapatkan Juga: Resepi Pizza Simple

 

Cara Membuatnya:

1. Tumis bawang merah, cili besar dan tomato yang sudah dihiris tadi sehingga wangi.

2. Kemudian masukkan sardin dan garam. Biarkan  seketika atau sehingga masak dan cukup rasanya. Ketepikan.

3. Ambil roti, isikan dengan sardin tadi. Gulungkan.

4. Kemudian celup gulungan roti sardin tadi dengan telur yang sudah dicampur dengan mayonis.

5. Setelah itu, goreng sehingga kekuningan.

6. Siap untuk dihidang serta dinikmati.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE resepi ini ya!

<< Dapatkan resepi Roti John di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Cara Berpantang Yang Elok Selepas Bersalin

Next post

6 Jenis Lampu Ruang Tamu Paling 'Superb'

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *