ResepiSajiSelera

Resepi Roti Jala WOM

roti jala-women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Roti Jala Resepi.Teringin nak makan Roti Jala yang  cukup ‘power’?  Cubalah Roti Jala Resepi Chef WOM.my  ini.

Roti  Jala cukup lazat apabila disajikan bersama kari atau gulai. Tak kiralah  kari ayam, gulai daging ataupun kari ikan. Semuanya sedap dan Roti Jala ini sering mendapat tempat dijadikan juadah berbuka puasa.

Bahan-bahan untuk Roti Jala Resepi Chef WOM.my adalah : 

150gm tepung gandum

2 biji telur ayam (dipukul)

250ml santan

1 sudu teh serbuk kunyit

sedikit garam

Minyak untuk mengoreng

1 sudu makan margarine

 

Dapatkan Juga: Resepi Puding Laici

 

Roti Jala Resepi Chef WOM.my  & Cara Membuatnya;

  1. Campurkan tepung gandum dan garam ke dalam mangkuk.Gaul sehingga rata.
  2. Kemudian campurkan telur yang sudah dipukul tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
  3. Kemudian masukkan margarine dan santan.
  4. Tapis adunan. Pastikan adunan tidak berketul-ketul, sama ada anda menggunakan blend dan sebagainya.
  5. Panaskan kuali leper (‘non stik pan’) supaya ia tidak melekat.
  6. Letakkan minyak dan sendukkan adunan ke dalam acuan Roti Jala dan tebarkan adunan ke atas kuali.
  7. Angkat Roti Jala apabila sudah masak. Ulangi proses tersebut hingga adunan habis.
  8. Hidangkan bersama kuah kari pilihan anda.
  9. Selamat Mencuba Roti Jala Resepi yang memang cukup ‘power’ ini.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE resepi ini dengan kawan-kawan anda ya.

<<  Cara membuat menu ini cukup senang. Cubalah Resepi Bihun Goreng Hainan paling mudah dan enak. 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

7 Cara Menghargai Pasangan Anda

Next post

5 Jenis Makanan Mampu Tingkatkan Kesuburan Lelaki

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *