ResepiSelera

Resepi Sandwich Tuna Cukup Rasa

resepi sandwich tuna - women online magazine

Kredit Foto: portalkesehatan

Sandwich Tuna.Tak tahu nak masak apa untuk minuman petang atau sarapan pagi hari ini?Jom, cuba Resepi Sandwich Tuna ini.

Senang sahaja untuk menyediakannya, sama juga macam anda buat Sandwich Sardin. Bagi anda, yang belum pernah mencuba atau menikmatinya, cubalah Resepi Sandwich Tuna yang disediakan oleh Chef WOM.my ini. Walaupun cara membuatnya sangat ‘simple’ dan tidak memakan masa berjam-jam, namun rasanya cukup enak. Tak rugi jika anda mencubanya. Ok, selamat mencuba dan menjamu selera.

 

Bahan-Bahan Resepi Sandwich Tuna

Roti Sandwich secukupnya (dipotong tiga segi) atau roti baquet (dipotong serong)

I tin Chilli Tuna ataupun Chunks Tuna Sunflower Oil (boleh pilih ikut citarasa anda sendiri)

¼ bawang Bombay dicincang halus

5 sudu kecil mayones

½ sudu kecil garam

½ sudu kecil serbuk lada hitam

½ sudu kecil serbuk paprika

1 sudu makan minyak untuk menumis.

6 helai daun salad atau ‘lettuce’ (boleh dihiris halus atau sebaliknya)

1 biji mentimun Jepun(dihiris)

6 keping keju

 

Dapatkan Juga: Resepi Roti Sardin & Resepi Roti Jala

 

Cara Membuatnya:

1. Tumis bawang Bombay sampai berbau harum. Kemudian masukkan Chilli Tuna yang menjadi pilihan anda.

2. Kacau sehingga rata. Kemudian masukkan garam, serbuk lada hitam, serbuk paprika. Biarkan seketika dan meresap.

3. Angkat. Kemudian tambahkan mayones. Kacau sehingga sebati. Ketepikan seketika.

4. Ambil roti tadi, letakkan salad atau ‘lettuce’, mentimun Jepun dan kepingan keju.

5. Kemudian letakkan isi sandwich tadi. Buat sampai habis.

6. Sedia untuk dihidangkan.

 

Nota Kaki: SHARE Resepi Sandwich Tuna dengan kawan-kawan anda.

<< Dapatkan resepi Roti Sarang Lebah yang cukup enak di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Jenis Minuman Jadi Ubat Sakit Kepala

Next post

Pelajari 6 Teknik Solekan Yang Betul

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *