ResepiSajiSelera

Resepi Udang Butter Sedap Meleleh

resepi udang butter - women online magazine

Kredit Foto: Sekadar Hiasan

Resepi Udang Butter.Tak ada idea nak masak apa hari ini? Chef WOM.my sedia membantu.

Udang juga kaya dengan khasiat Omega 3, vitamin B12 serta juga niacin, selain bahan galian seperti zink, zat besi dan tembaga. Walaupun lazat, tapi masih ada orang yang takut mengambilnya kerana bimbang dengan tahap kolestrol yang mereka miliki.

Udang juga kaya dengan khasiat Omega 3, vitamin B12 serta juga niacin, selain bahan galian seperti zink, zat besi dan tembaga. Walaupun lazat, tapi masih ada orang yang takut mengambilnya kerana bimbang dengan tahap kolestrol yang mereka miliki.

Udang memang rendah kalori dan lemak tepu tetapi kandungan kolestrolnya cukup tinggi. Berdasarkan kajian, walaupun kolestrolnya cukup tinggi namun pada saat dimakan udang tidak langsung menaikkan kadar kolestrol secara keseluruhannya.

Tahukah anda, pengambilan masakan berasaskan udang mampu menguatkan tulang kerana ia mempunyai kandungan fosforus dan kalsium. Dua zat yang ada di dalam udang membentuk tulang dan gigi yang kuat.

 

Resepi Udang Butter.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A:

15-20 ekor udang

1 sudu kecil gula

1 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil lada hitam

1 sudu kecil minyak bijan

 

Bahan B:

3 sudu kecil tepung jagung

 

Cuba Juga: Resepi Sambal Udang Petai

 

Bahan C:

1 sudu besar butter atau marjerin

3 helai daun kari

1 batang daun sup

1 batang cili hijau (dipotong)

½ cawan susu cair

3 biji telur (asingkan putih dan kuning)

 

Cuba Juga: Resepi Sambal Belacan Sedap

 

Cara-caranya Memasak Udang Butter:

1. Bersihkan udang, buangkan kaki dan toskan. Perap udang bersama dengan bahan A selama 5 minit.

2. Campurkan bahan B dan masukkan udang yang telah diperapkan tadi. Gaul rata. Goreng  udang tadi bersama dengan minyak yang banyak, angkat dan toskan minyak.

3. Panaskan kuali, masukkan butter, daun kari, daun sup, cili hijau, susu cair dan telur putih.

4. Akhir sekali, tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya yang jatuh ke dalam kuali itu tekstur yang halus. Kacau kuning telur itu laju-laju untuk mendapatkan tekstur yang cantik. Gaul rata bersama udang dan terus hidangkan semasa panas.

Selamat menjamu selera.

 

<< Jom cuba resepi tahu sumbat di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Mesti Baca! 5 Punca Gastrik

Next post

11 Teknik Urutan Wajah Cantik Berseri

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *