ResepiSajiSelera

Resepi Tauhu Sumbat Sedap Habis!

resepi tauhu sumbat - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Resepi Tauhu Sumbat. Pasti anda tertarik dengan kesedapan tauhu sumbat yang pernah anda makan. Jom cuba buat sendiri dengan bantuan resepi tauhu sumbat yang telah disediakan ini.

Tauhu adalah makanan yang berasal dari negeri China. Ada yang menyebutnya tofu, orang Cina sendiri menamainya doufu. Orang Indonesia serta Malaysia dan Thailand lebih suka menyebutnya sebagai tauhu.

Tauhu merupakan sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Kandungan protein yang tinggi pada tauhu juga membantu menjauhkankesihatan kita daripada diganggu oleh pelbagai jenis penyakit berbahaya.

Tauhu dibuat dengan mengentalkan sari soya menggunakan garam mineral (biasanya kalsium sulfat). Sari soya inilah yang membuat tauhu kaya dengan manfaat kesihatan.

Kali ini Chef WOM.my ingin  kongsi satu resepi minum petang yang cukup mudah untuk anda sediakan.

 

Bahan-bahan untuk resepi tauhu sumbat:

5 keping tauhu

30 gm Timun + Lobak merak + Sengkuang + Tauge (dipotong bentuk jejari)

Sedikit garam

 

Dapatkan Juga: Resepi Kek Buah Masam Manis

 

Cara-cara Membuat Tauhu Sumbat:

  1. Bersihkan tauhu dan gaulkan bersama sedikit garam.
  2. Gorengkan tauhu hingga kekuning-kuningan.
  3. Celurkan sebentar timun, lobak merah, sengkuang dan tauge.
  4. Potong tauhu berbentuk tiga segi dan sumbatkan bahan-bahan yang telah dicelur.

 

Bahan-bahan untuk Kuah Kacang

200 gm Kacang tanah

15 gm Cili kering

3 gm Belacan

5 gm Bawang putih

125 ml Santan

30 ml Air asam jawa

125 ml Air

5 gm Garam

10 gm Gula

30 ml Minyak masak

 

Cara-cara untuk membuat kuah kacang:

1. Gorengkan kacang tanah tanpa menggunakan minyak. Sejukkan seketika dan kupas kulit kacang tanah itu dan kisarkan kacang tanah itu.

2. Kisarkan bawang merah, bawang putih, cili dan belacan.

3. Panaskan minyak untuk menumis bahan yang dikisar sehingga garing.

4. Masukkan kacang tanah yang telah dikisar dan sedikit air asam jawa. Kacau sehingga sebati.

5. Kemudian masukkan santan ke dalam periuk. Pastikan menggunakan api yang perlahan sehingga kuah kacang pekat dan perasakan dengan garam dan gula.

6. Masak sehingga kuah kacang menjadi pecah minyak dan sedia untuk dihidangkan.

 

Anda juga boleh mencicah tauhu sumbat bersama sos cili, bahan-bahan yang anda perlukan ialah:

Cara buat sos cili:

5 bijicili merah + ½ biji tomato + 2 ulas bawang putih (dikisar)

  1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan-bahan yang dikisar.
  2. Pastikan api jangan terlalu besar dan dikacau selalu.
  3. Bila sudah mendidih masukkan cili sos, gula dan garam secukup rasa.
  4. Masak lagi sehingga pekat.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE resepi ini dengan kawan-kawan anda yang suka ke dapur.

<< Jom cuba resepi daging black pepper di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

4 Cara Mengenali Lelaki Panas Baran

Next post

5 Cara Mengatasi Anak Nakal

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *