ResepiSajiSelera

Resepi Roti Sarang Lebah Disaluti Sos Butterscotch

roti sarang lebah - women online magazine

Enak sungguh Roti Sarang Lebah atau Bee Hives Bread ini. Anda patut cuba menikmatinya.

Sekali makan, pasti nak lagi! Kemanisan sos butterscotch benar-benar melengkapi keenakkan Roti Sarang Lebah ini. Jom, cuba Resepi Roti Sarang Lebah yang Chef WOM.my sediakan ini.

 

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Membuat Roti Sarang Lebah

2 cawan tepung gandum (protein tinggi)

½ sudu serbuk penaik segera/yis

¼ garam halus

½ baking powder

1 sudu besar gula pasir

¼ cawan plain yogurt

¼ cawan minyak jagung

½ cawan air suam

(Jika suka anda boleh letak almond flakes, pumpkin seeds atau biji bijan untuk topping)

Cara Membuatnya:

1. Campurkan gula dengan air suam. Kacau rata. Kemudian masukkan serbuk penaik segera/yis. Biarkan sehingga berbuih. Ketepikan. (jika tidak berbuih , bermakna ia tidak menjadi. Sebaiknya tidak digunakan kerana doh roti akan jadi tidak mengembang. Bermakna, kena guna yang lain.)

2. Kemudian tuang tepung gandum yang sudah diayak dengan baking powder ke dalam larutan yis tadi.

3. Tambahkan garam dan  plain yogurt.

4. Gaul merata sambil mengulinya. Kemudian masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan teruslah menguli doh sehingga ia tidak melekat di tangan.

5. Uli sehingga adunan tersebut elastik.

6. Bila dah rasa sempurna, biarkan doh tadi mengembang dua kali ganda. Letak di tempat yang sedkit panas atau tertutup.

7. Apabila anda mendapati doh tersebut  telah mengembang,picit-picitkannya supaya anginnya keluar.

8. Kepalkan adunan tersebut dah bentukkan bulat-bulat kecil dengan tangan anda yang telah disapu dengan minyak. Kemudian susun rapat di dalam loyang yang juga telah disapu dengan sedikit minyak.

9. Buat sampai habis. Doh tersebut memang agak lembik dan sentiasa melekat di tangan anda. Itu perkara normal.

10. Kemudian, taburkan dengan almond flakes atau pumpkin seed. Itupun jika anda suka. Biarkan doh seketika, sehingga naik dua kali ganda.

11. Sementara itu, panaskan oven dengan suhu 180 celcius dan bakar selama 10-15 minit. (api atas bawah)

12. Jika terlebih masak, roti akan menjadi keras. Jadi, hati-hati.

13. Apabila sudah masak, keluarkan dari oven dan terus curah sos butterschotch di atasnya.

14. Ok, sedia untuk dihidangkan.

 

Cara Membuat Sos Butterscotch

Bahan-bahan yang diperlukan:

½ cawan gula perang/gula merah/gula Melaka (boleh sahaja mengikut citarasa anda)

½ cawan susu cair

½ sudu teh esen vanilla

25g butter

sedikit garam

 

Cara Membuatnya:

1. Cairkan butter dalam periuk.

2. Masukkan gula perang/gula merah/gula Melaka kacau sehingga gulanya larut sepenuhnya dan berbuih.

3. Tuangkan susu cair sedikit demi sedikit sambil mengacaunya.

4.  Masukkan esen vanilla tadi. Kacau sehingga sebati.

5. Selepas itu boleh tutup api dan sejukkan seketika sebelum sedia dicurah ke atas roti tadi sebagai topping nya.

Satu lagi info Extra yang kami berikan kepada yang berminat untuk mengetahui Rahsia bagaimana untuk dapatkan Roti yang lembut dan disukai ramai. Jika berminat , Sila dapatkannya di sini => Teknik Rahsia Bun Ala-Ala Hotel 

 

Kredit: sekadar gambar hiasan

<< Dapatkan resepi jeruk mangga asam boi yang mudah dan sedap di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Panjangkan Bulu Mata Dengan Lidah Buaya

Next post

Cantik, Sihat & Penuh Ghairah Berkat Buah Pala

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. […] RESEPI MINUM PETANG ” ROTI SARANG LEBAH” (Kredit to Majalah Wanita) […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *