ResepiSajiSelera

Resepi Nasi Goreng Kampung Paling Sedap

resepi nasi goreng kampung - women online magazine

Kredit Foto: mlp

Nasi Goreng Kampung. Nasi goreng adalah makanan paling mudah untuk disediakan. Caranya mudah sekali, hanya digoreng!

Biasanya nasi digoreng dengan pelbagai ramuan untuk menghasilkan rasa yang cukup enak apabila ditelan. Ada nasi goreng yang dicampur dengan ayam, udang, sotong,ikan bilis dan sebagainya. Bergantung kepada selera masing-masing.

Chef WOM.my kali ini menyediakan resepi Nasi Goreng Kampung yang pastinya akan membuatkan selera makan anda bertambah-tambah. Semoga resepi Nasi Goreng Kampung yang diberikan ini menjadi jalan terbaik bagi anda yang ingin menyediakan sajian makanan yang sedap dan pantas!

 

Dapatkan Juga: Resepi Nasi Goreng Udang

 

Bahan-bahan yang diperlukan:

2 mangkuk nasi putih

1 biji telur ayam (dikacau-kacau)

1 biji bawang putih (dicincang halus)

2 biji bawang merah (dicincang halus)

Sebiji cili besar atau cili padi (dipotong atau diketuk-ketuk)

1 sudu kicap manis

Sedikit sayuran campuran

Sedikit daging ayam dan sotong

Garam dan serbuk perasa secukupnya

Sedikit serbuk lada sulah/ lada hitam

Minyak masak secukupnya

Sedikit ikan bilis goreng, bawang goreng/mentimun/tomato (pelengkapnya)

 

Cara Membuat Nasi Goreng Kampung:

1.Ambil kuali, panaskan dan masukkan minyak.

2.Tumiskan bawang merah dan putih serta masukkan garam, serbuk perasa, dan lada besar atau cili padi.

3.Masukkan ayam/sotong dan sayuran campuran masak hingga matang.

4. Kemudian masukkan nasi putih dan telur tadi. Kacau hingga merata.

5.Masukkan kicap manis, serbuk lada sulah/lada hitam dan masak sehingga masak.

6. Dah siap pun Nasi Goreng Kampung. Untuk melengkapkan lagi masakan tersebut, boleh potong mentimun, tomato dan jangan lupa tabur bawang goreng dan ikan bilis goreng di atas nasi tersebut.

 

Nota Kaki: SHARE resepi ini jika anda menyukainya.

<< Anda suka makan ketam? Dapatkan resepi Ketam Masak Lemak di sini.

 

 

 

 

Previous post

4 Punca Utama Kelemumur

Next post

Pasti Berjaya! Lakukan 4 Tips Mudah Berhenti Merokok

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *