ResepiSajiSelera

Resepi Muffin Coklat Chip

Muffin Coklat Chip - women online magazine

Keenakan rasa coklat dan taburan coklat chip cukup enak menggigit rasa!

Resepi Muffin Coklat Chip ini boleh anda cuba buat sendiri di rumah. Muffin adalah kuih yang paling mudah dan pantas dibuat. Anda hanya perlu mencampurkan semua bahan-bahan kering dengan bahan-bahan basah.

Berbeza sedikit dengan cupcakes, walaupun mereka menggunakan cup ataupun bekas adunan yang sama. Namun, untuk cupcake, setiap bahan harus dimasukkan satu persatu dengan langkah demi langkah yang tepat. Cupcakes juga biasanya dihiasi dengan pelbagai toping ataupun krim. Manakala muffin disajikan dengan gaya rekahan tersendiri!

Bermula dengan proses penyediaan dan teknik membuatnya yang cukup mudah, anda tidak perlu ragu-ragu untuk memcuba Resepi Muffin Coklat Chip yang disediakan oleh Chef WOM.my pada kali ini.

 

Berikut adalah Resepi Muffin Coklat Chip

Bahan-bahan yang diperlukan:

125 gram tepung gandum (serbaguna)

1 ½ sudu teh baking powder

1 ½ serbuk coklat

¼ teh garam

75 gram gula pasir

Sebiji telur

50 gram mentega (dicairkan)

117 ml susu cair

10 gram coklat chip

Sedikit coklat chip dan gajus untuk ditabur (jika suka)

Cara Membuatnya:

1. Ayak tepung gandum bersama garam dan serbuk coklat. Ketepikan.

2. Dalam bekas yang lain, pukul telur sehingga kembang dan masukkan gula pasir sedikit demi sedikit.

3. Selepas itu, masukkan pula mentega cair. Gaul sehingga rata.

4. Masukkan coklat chip. Gaul sehingga rata.

5. Kemudian, masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit secara berselang seli dengan susu cair.

6. Biarkan adunan tersebut bergumpalan kerana adunan muffin perlu kental dan agak bergumpal.

7. Tuang adunan dalam cup dan ber taburan coklat chip dan gajus.

8. Bakar dalam ketuhar selama 15 minit atau sehingga masak pada suhu 175 darjah Celcius.

8. Apabila sudah masak, angkat dan hidangkan.

TIPS:

Gunakan spatula atau senduk kayu untuk mengaulnya, dan jangan memukulnya terlalu kuat atau terlalu lama. Jika anda memukulnya terlalu lama atau kuat, muffin menjadi bantat.

Kredit foto: recipegirl

<< Teringin untuk mencuba Resepi Kek Pisang Keju, klik link ini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Tips Berkesan Hilangkan Perut Buncit

Next post

Jus Buah-Buahan Untuk Diet Sihat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *