ResepiSajiSelera

Resepi Kek Marble Cheese Benar-Benar ‘Yummy’!

resepi kek marble cheese - women online magazine

Para penggemar cheese boleh mencuba Resepi Kek Marble Cheese yang cukup ‘yummy’ ini. Ketahui di sini…

Keju merupakan olahan daripada susu lembu yang banyak digemari oleh kerana rasanya yang masin serta berlemak. Salah satu jenis keju yang digemari ramai adalah ‘cream cheese’. Keju terdiri daripada beberapa jenis, di antaranya keju cheddar, keju cream cheese, keju mozzarella, keju parmesan dan lain-lain keju lagi.

Keju mempunyai banyak kandungan yang sangat bermanfaat untuk tubuh. Di dalam 100 gram keju mengandungi energy, vitamin A, vitamin B, vitamin D, kalsium ‘fostor’, protein, lemak dan ‘riboflavin’. Semua jenis kandungan tersebut memili manfaat, di antaranya melindungi kesihatan tulang dan gigi. Mampu melindungi gigi daripada sifat asid yang boleh merosakkan gigi.

Kandungan di setiap jenis keju berbeza-beza. Contohnya cream cheese, keju jenis ini diperbuat daripada campuran krim dan susu serta sering dijadikan salah satu bahan untuk membuat kuih atau pun biskut.

Kandungan zat di dalam keju crem cheese lebih didominasi oleh lemak, dan jumlah lemaknya mencapai 65% total kandungan  keju.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Membuat Kek Marbel Cheese:

Bahan A (Lapisan Coklat)

120 gm tepung naik sendiri (diayak)

20gm serbuk koko (diayak)

1 sudu teh baking powder (diayak)

180gm mentega

150gm gula kastor

3 biji telur

sedikit garam

 

Bahan B (Lapisan Keju)

250 gm krim keju (brand -Tatura)

50gm gula kastor

1 sudu teh esen vanilla

1 biji telur

Cara Membuatnya: Bahan A

  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul secara perlahan-lahan.
  3. Masukkan pula garam, tepung, baking powder dan serbuk koko yang telah diayak.
  4. Bahagikan kepada dua adunan. Ketepikan.

Hiasan:

* Coklat ‘ganache’

* Parutan keju cheddar

 

Cara Membuat: Bahan B

  1. Pukul ke semua Bahan B sehingga kembang dan ketepikan.

 

Cara Menyatukan Bahan A dan Bahan B bagi Resepi Kek Marble Cheese  ini:

  1. Sapukan loyang pembakar dengan sedikit mentega.
  2. Tuangkan satu bahagian A dan ratakan.
  3. Lapiskan dengan kesemua bahan B dan ratakan.
  4. Akhir sekali tuangkan bahagian kedua Bahan A dan ratakan, selang selikan sehingga habis.
  5. Bakar selama 50-60 minit dengan kepanasan oven 160 darjah Celsius.

 

Tips:

Pastikan anda memotong kek ini apabila ia betul-betul sejuk supaya cream cheese tersebut keras dan lebih enak rasanya.

>> Teringin untuk membuat sendiri biskut sempena Aidilfitri nanti? Semak di sini…

>>Resepi Biskut Semperit Sedap Sepanjang Zaman

>>Resepi Biskut Sarang Semut

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Cara Motivasi Anak Diet Untuk Kurus

Next post

GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Perkenalkan Rumusan Horlicks® Chocolate Terbaru

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *