ResepiSajiSelera

Resepi Biskut Snow Almond Enak Ranggup!

resepi biskut snow almond - women online magazine

Teringin untuk membuat sendiri biskut sempena Aidilfitri nanti? Jom, cuba buat Biskut Snow Almond Enak Ranggup. Semak di sini…

Coklat? Siapa suka, angkat tangan! Bagi pencinta coklat pasti suka dengan Biskut Snow Almond ini. Adunan yang dibaluti coklat pekat sangat enak dan ranggup.

Jangan lupa untuk mencubanya pada Hari Raya akan datang. Resepi Biskut Snow Almond yang sedap, ranggup serta mudah untuk membuatnya dengan bahan-bahan sederhana ini kami persembahkan khusus buat anda.

Semoga anda dan keluarga menyukainya.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk Resepi Biskut Snow Almond:

Bahan A

260 gm butter/margarine

150 gm gula kastor

50gm serbuk badam

1 sudu teh esen vanilla

Bahan B

300 gm tepung Red Rose (jika mahu guna tepung gandum pun boleh)

40 gm tepung jagung

50 gm tepung kastard

50 gm susu serbuk (tepung)

 

Untuk Hiasan:

Coklat masakan – harus dicairkan dengan cara ‘double boiler’

Sedikit ‘breadcrumb’ putih – untuk menyalut

Cara Membuatnya:

  1. Pukul Bahan A sehingga sebati dan kembang.
  2. Masukkan Bahan B dan uli sehingga adunan tersebut menjadi lembut.
  3. Canai dan tekap dengan adunan yang disukai.
  4. Susun dlaam loyang pembakar dan bakar pada suhu 140 darjah Celsius , selama lebih kurang 30 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan biskut atas redai.
  6. Kemudian, celum biskut dalam coklat masakan yang telah dicairkan tadi.
  7. Golekkan biskut ke dalam ‘breadcrumb’.
  8. Ok, dah siap. Boleh simpan biskut tersebut dalam bekas kedap udara.

Tips:

  • Jangan membentuk adunan terlalu besar kerana biskut ini akan sedikit mengembang ketika dibakar.
  • Bentuklah adunan yang mungkil kerana biskut akan jadi lebih cepat kering dan ranggup.

>>Resepi Agar-Agar Roti Tawar Paling Enak? Biar betul? Maklumat lanjut ketahui di sini…

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Melissa Jane Ariffin Juara Pertandingan Nyanyian Strepsils The Right Note

Next post

Sensasi Wangian Lelaki James Bond 007

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *