ResepiSajiSelera

Resepi Bihun Goreng Hainan Seram Sejuk

resepi bihun goreng - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Resepi Bihun Goreng. Cara membuat menu ini cukup senang. Cubalah Resepi Bihun Goreng Hainan paling mudah dan enak.

Bihun merupakan makanan tambahan yang biasa disajikan sebagai pendamping nasi. Tetapi boleh juga menjadi salah satu menu makanan itu sendiri. Bergantung pada selera anda, samada mahu makan begitu sahaja ataupun sebagai selingan.

Hidangan sihat ini juga sesuai dihidangkan pada bila-bila masa sahaja. Ketika bersarapan, makan tengahari, minum petang ataupun makan malam.

 

Dapatkan Juga: Resepi Bihun Goreng Singapore

 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk Resepi Bihun Goreng Hainan adalah;

150g bihun (direndam dalam air sejuk selama 15 minit. Toskan sehingga kering)

20 gm lobak merah (dipotong memanjang dan  halus)

150gm daging ayam (dipotong nipis)

150gm udang(dibuang kulit)

150gm sayur sawi (dipotong)

100 gm kobis(dipotong)

3 sudu besar minyak masak (untuk menumis)

5 ulas bawang putih (dicincang)

 

Campuran Sos

2 sudu besar kicap manis

1 sudu besar kicap cair

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos cili

2 sudu teh tepung jagung

sedikit garam, serbuk perasa dan serbuk lada sulah.

½ cawan air

 

Dapatkan Juga: Resepi Mee Goreng Simple

 

Cara Membuat Bihun Goreng Hainan

  1. Campurkan semua bahan sos di dalam mangkuk kecil. Baur hingga sebati dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam di atas api yang kuat selama 5 minit.
  4. Kemdian masukkan campuran sos. Biarkan sehingga mendidih. Jika perlu, letakkan sedikit air.
  5. Masukkan bihun. Goreng sehingga bihun menjadi lembut.
  6. Gaul hingga rata, kemudian masukkan udang dan sayur-sayuran.
  7. Apabila sudah masak, rasa dan nikmati keenakannya.
  8. Angkat, kemudian bolehlah dihidangkan.

 

Nota Kaki: Jom SHARE resepi ini ya!

<<  Anda menggemari masakan Serunding Ikan? Rasanya yang enak dan berkhasiat cukup membuka selera. Ketahui resepinya di…

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

9 Rahsia Kejayaan Perniagaan Online

Next post

Mesti Baca! Bersauna Mampu Singkirkan Toksin Dalam Badan Anda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *