ResepiSajiSelera

Resepi Bangkit Cheese Cair Di Mulut!

resepi bangkit cheese - women online magazineTercari-cari Resepi Bangkit Cheese yang mencair di mulut dengan penuh keenakan?

Ternyata kuih tradisional sejak zaman berzaman  ini tidak pernah mati. Apa yang menariknya, kini begitu banyak teknik membuatnya. Bahkan pelbagai bentuk dan variasi rasanya.  Ada yang berbentuk bunga, bulat dan panjang.  Bagi anda yang menyukai kuih ini, pasti sedar kuih Bangkit Cheese cukup mendapat perhatian pada Hari Raya yang lalu. Rasanya yang manis, lemak dan ranggup itu membuatkan ada yang jadi ketagih untuk mengunyahnya!

Berikut Resepi Bangkit Cheese Cair Di Mulut

Bahan-bahan yang diperlukan:

150gram margarine

400 gram tepung sagu – disanggai selama 10 minit

100 gram gula aising

100 gram keju cheedar – diparut

1 biji telur

30 gram susu tepung

75 gram santan pekat

1/2sudu kecil garam

 

Cara Membuatnya:

1. Campurkan margarine, gula halus dan garam.

2. Pukul ke semua bahan tersebut sehingga sebati dan kembang

hingga kembang.

3. Kemudian masukkan telur dan santan, gaul sehingga sebati.

4. Masukan keju dan kacau rata.

5. Tambahkan tepung sagu dan susu tepung, kacau sehingga rata.

6. Kemudian bolehlah masukkan ke dalam plastik segita dan potong hujungnya.

7. Picit adunan tersebut mengikut bentuk yang anda sukai di atas loyang.

8. Agar kelihatan lebih menarik, sapukan sedikit kuning telur di ats permukaan biskut dan taburkan parutan keju di atas setiap biskut.

6. Kemudian bakar dengan suhu 160 darjah Celsius selama 20 minit atau sehingga masak.

Kredit foto: Sekadar gambar hiasan

<< Cupcake boleh dibuat dengan pelbagai rasa. Jom buat Kek Cawan “Gembira' di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cara Diet Yang Betul Tanpa Risiko

Next post

5 Perkara Bijak Mengurus Wang Yang Saya Belajar Daripada Seorang Ibu Tunggal

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *