ResepiSajiSelera

Resepi Mee Goreng Simple Pedas Manis

resepi mee goreng - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Mee Goreng Simple.Bagi anda yang tidak punya banyak masa untuk memasak, mee goreng simple ini adalah penyelamat!

Sajian lazat ini sesuai disajikan, tidak mengira masa. Samada untuk sarapan, makan tengahari ataupun makan malam ataupun pada Hari raya.Di samping itu, boleh juga dijadikan sebagai menu untuk menjamu tetamu yang datang beraya ke rumah anda.

Selamat mencuba resepi yang disediakan oleh Chef WOM.my ini. Walaupun hidangannya serba ringkas, namun menjanjikan kesedapan yang tidak terhingga.

 

Dapatkan Juga: Resepi Mee Udang

 

Berikut Resepi Mee Goreng Simple 

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 biji bawang besar (dicincang halus)

2 ulas bawang putih (dicincang halus)

1 kampit mee basah

100 gram daging ayam (dipotong dadu -kecil)

15 ekor udang

6 biji bebola ikan (dibelah empat)

3 sudu besar cili kering (sudah dikisar)

Sedikit sayur sawi,taugeh dan daun kucai

Sedikit kicap manis, sos tiram, sos cili

 

Hiasan untuk ditabur di atas  Mee Goreng Simple Sedap:
Sedikit bawang goreng

1 biji telur, (dibuat telur dadar, dipotong memanjang)

Hirisan tomato

Hirisan mentimun

 

Dapatkan Juga: Resepi Mee Hailam & Resepi Mee Kari Ayam  Jika suka jangan lupa share resepi ini dengan kawan-kawan ya!

 

Cara Membuatnya:

1.Celur seketika mee goreng dalam air mendidih yang sudah dicampurkan dengan sedikit minyak (jika guna minyak zaitun lagi bagus).

2.Tumis bawang merah dan bawang putih yang sudah dicincang tadi sehingga berbau harum.

3. Masukkan cili kering kisar, kicap manis, sos tiram dan sos cili. Kacau sehingga sebati.

4. Kemudian masukkan pula daging ayam, biar sehingga masak. Jika terlalu kering, letak sedikit air. Kacau.

5. Selepas itu, masukkan mee goreng  dan udang. Kacau sebati.

6. Masukkan pula sayur sawi, taugeh dan daun kucai.

7. Biarkan sebati, jika cukup rasa bolehlah angkat. Jika kurang, tambahkan kicap manis,garam ataupun sos cili.

8. Sajikan mee tersebut di atas piring dan jangan lupa tabur bawang goreng, telur dadar cincang dan hirisan tomato serta mentimun.

 

<< Ingin cuba membuat Tomyam Campur? Dapatkan resepinya di sini.

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Amalan Menabung Jaminan Masa Depan Anda

Next post

4 Tips Bantu Atasi Anak Malas Belajar

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. April 30, 2019 at 4:55 pm — Reply

    terima kaih sudi share resepi .. memang wow lahh 🙂

    • May 4, 2019 at 11:09 am — Reply

      Sama sama puan,moga bermanfaat 🙂 Jangan lupa kongsikan ilmu ini pada yang lain puan 🙂

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *