ResepiSajiSelera

Resepi Biskut Marie Bebola Coklat

marie bebola coklat - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Bebola Colat.Jom cuba resepi Biskut Marie Bebola Coklat hari ini juga!

Selalunya Biskut Marie digunakan untuk buat kek batik, tetapi hari ini kita akan buat bebola coklat menggunakan Biskut Marie.

Mungkin anda boleh mengubah suai marie bebola coklat ini sebagai cenderahati mengikut kreativiti, sebagai hiasan di candy buffet semasa hari perkahwinan anda atau sebagainya.

Ia boleh diubah mengikut hiasan yang anda letak atau salutan coklat yang dipelbagaikan.

 

Dapatkan Juga: Resepi Donat Coklat

 

Bahan-bahan membuat Biskut Marie Bebola Coklat adalah:

  • Biskut Marie
  • Jem Blueberry
  • Coklat Masakan
  • 1 cawan kecil Susu segar
  • Coklat urai berwarna warni, kekacang atau sebagainya

 

Dapatkan Juga: Resepi Cupcake Coklat

 

Caranya:

  1. Hancurkan biskut marie di dalam mangkuk.
  2. Masak coklat itu dengan cara ‘double boiling’ .
  3. Masukkan coklat masakan ke dalam mangkuk yang berisi biskut marie dan campurkan jem strawberi.
  4. Campurkan susu segar dan gaulkan hingga sebati.
  5. Selepas itu, bentukkan bulat-bulat sebesar bola pingpong.
  6. Salutkan dengan coklat urai dan sebagainya.
  7. Hidangkan untuk minum petang anda.

 

** Teknik double boil adalah satu kaedah untuk mencairkan coklat tanpa mengubah dari segi rasa dan warnanya. Selalunya teknik ini menggunakan periuk khas bertingkat yang boleh dibeli di kedai peralatan masakan/dapur.Periuk ini selain digunakan untuk mencairkan coklat boleh juga digunakan untuk membuat kaya atau kastad sos.

 

Nota Kaki: Kongsikan juga resepi ini kepada rakan anda supaya mereka boleh dapat manfaat daripadanya.

<< Jom Cuba Kek Lapis Cadbury disini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Mesti Baca! Projek Memikat Suami Dengan Baju Tidur Paling Seksi

Next post

10 Cara Menjadi Lelaki Macho

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *