ResepiSaji

Nikmatnya Ikan Terubuk Masin Sarawak!

ikan terubuk masin - women online magazine

Populariti ikan terubuk masin Sarawak menjadikan namanya tidak lekang di bibir pelancong yang pernah menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang ini.

Malahan, tidak lengkap kunjungan pelancong ke sana jika tidak membawa pulang ole-ole ikan terubuk masin ini. Dikenali sebagai ‘ikan pelancong’, ikan terubuk masin Sarawak sudah sinonim sebagai ikon pelancongan negeri itu.

Namun, anda perlu berhati-hati apabila makan ikan terubuk masin ini kerana ikan ini mengandungi banyak tulang yang halus-halus. Walaupu mengandungi banyak tulang,tetapi ia tidak dapat menandingi kesedapan rasanya apabila dimakan.

Jenis Ikan Terubuk Masin

Ikan terubuk masin ini mempunyai ada dua jenis iaitu ikan terubuk sungai dan ikan terubuk laut. Ikan terubuk sungai adalah ikan terubuk masin yang asli. Ikan ini mempunyai mulut yang lebih besar dan panjang.

Lazimnya ikan ini terdapat di Batang Lupar di Sri Aman, Batang Lassa di Mukah, Batang Sadong di Samarahan dan juga Batang Saribas di Betong.

Manakala ikan terubuk laut pula mempunyai mulut yang lebih kecil, bersaiz pendek,bahagian kepala lebih kecil dan badan yang lebih gemuk daripada ikan terubuk sungai. Habitat ikan ini lebih bertumpu di kawasan pesisiran pantai dari Tanjung Datu hingga Tanjung Sirik.

Keistimewaan Ikan Terubuk Masin

  • Pisau Yang Ditempah Khas

Proses menyiang ikan terubuk masin memerlukan pisau yang ditempah khas kerana bukan sembarangan pisau boleh digunakan. Malah, ikan yang mempunyai telur harus disiang dengan berhati-hati agar kualiti telurnya tidak terjejas.

  • Garam

Istimewanya lagi mengenai ikan terubuk masin ini adalah dari segi garam yang digunakan untuk mengawetnya. Garam halus ini diimport dari China supaya tekstur ikan terubuk masin ini lebih halus,tahan lama manakala rasanya lebih berlemak.Garam tersebut jugalah yang membezakan rasa dan kesedapan ikan terubuk masin di Sarawak dan Semenanjung.

  • Harga

Harga setiap ikan terubuk masin adalah berbeza mengikut saiz. Harga ikan terubuk import mengikut saiz adalah antara RM5 hingga RM30 seekor manakala ikan terubuk masin asli pula lebih mahal antara RM12 seekor dan boleh mencecah RM55 seekor mengikut saiz.

Resepi Mudah Ikan Terubuk Masin

Sambal Tumis Terubuk Masin

ikan terubuk masin - women online magazine (2)

Bahan Bahan

  • 1/2 Ikan terubuk dipotong kecil
  • 1/2 bawang besar
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1/4 Cawan Air Asam Jawa
  • 3-4 sb Cili Kering yang telah dikisar
  • Sedikit Garam dan Gula

Cara Memasak

  • Goreng ikan terubuk masin sehingga garing.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih hingga bertukar warna keperangan.
  • Masukkan cili kering dan tumis sampai garing.
  • Kemudian,masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan bawang besar dan gorengkan seketika. Tutupkan api dan siramkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
  • Anda boleh perahkan limau kasturi atas sambal tumis terubuk masin itu sebagai tambahan.

Ikan Terubuk Masin Panggang

ikan terubuk masin - women online magazine (1)

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan terubuk sederhana yang telah disiang dan dibersihkan

Bahan Giling

  • 2 biji cili merah.
  • 6 biji cili padi.
  • 1 batang serai
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 camca besar kelapa parut
  • 2 camca teh garam

Cara memasak

  • Sapukan ikan terubuk masin itu dengan kesemua bahan giling dan dan perapkan selama 30 minit.
  • Kemudian,panggangkan ikan terubuk masin itu di atas bara arang pada kedua-dua belahnya sehingga masak.
  • Hidangkan panas bersama nasi putih.

Kredit foto: googleusercontent

<< Dapatkan resepi masak lemak cili padi di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui Penyebab Kaki Kerap Rasa Kebas

Next post

Ketahui Punca Resdung & Tanda-Tanda Anda Sudah Terkena!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *