SajiSihatTips

Cara Berkesan Hilangkan Karat Kuali Dan Periuk

cara hilangkan karat kuali & periuk - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Peralatan dapur yang berkarat pasti menganggu aktiviti memasak anda. Jom ketahui cara hilangkan karat sekarang juga.

Kadang-kadang boleh menimbulkan perasaan kesal dan sakit hati jika peralatan memasak kita seperti kuali dan periuk itu berkarat.

Bagi anda yang mengalami masalah ini, jangan risau kerana WOM ada petua menghilangkan karat kuali dan periuk yang wajib anda cuba.

Antaranya:

1)     GunakanAsam Jawa

–      Caranya ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk berkarat yang ingin dicuci itu.

–      Gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi dan lakukan sehinggan kesan karat hilang dan bilas hingga bersih.

2)    Menggunakan Pencuci Pinggan

–      Caranya, sebelum memasak sapukan dahulubahagian luar periuk dengan pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap memasak, cuci periuk dengan penggosok.

3)    Menggunakan Baking Soda + Air

–      Kadang-kadang apabila memasak kita cuai, jadi ada tanda  hangus pada periuk. Cara hendak hilangkannya masukkan sedikit baking soda+ sedikit air dan biarkan beberapa jam. Kemudian, bersihkan periuk seperti biasa.

4)    Menggunakan Cuka+ Garam

–      Hilangkan karat di periuk, kuali dan belangga anda dengan membersihkannya dengan campuran cuka dan garam, kemudian dijemur sehingga kering.

5)    Menggunakan Sos Tomato

–      Sapukan di tempat yang karat dan biarkan selama 2 jam. Kemudian bilas hingga bersih. Hasilnyaamat menakjubkan.

6)    Menggunakan Kulit Kentang

–      Letakkan kulit kentang di dalam periuk yang berkerak dan isikan air separuh daripada periuk itu. Kemudian, letakkan di atas api. Tunggu sehingga didih dan toskan. Anda akan lihat kerak di periuk itu akan tanggal dengan sendirinya.

Selamat Mencuba!

<< Nak tahu cara halau tikus di rumah, jom klik sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Pola Hidup Tak Sihat Punca Kencing Manis

Next post

6 Tips Agar Tidur Lebih Lena

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. December 22, 2014 at 4:16 pm — Reply

    petua yang menarik..tq sudi kongsi.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *