SajiSelera

Bantu Anak Cerdik Dengan Bersarapan

Bantu Anak Cerdik Dengan Bersarapan-Women Online Magazine

Jom ketahui cara bagaimana nak bantu anak cerdik dengan bersarapan pagi disini..

Sarapan adalah makanan yang dimakan pada waktu pagi. Kelebihan bersarapan terhadap anak adalah bagi tumbesaran yang sihat pada otak dan juga tubuh badan. Jika ibu memandang enteng terhadap perkara ini sepatutnya di hindari. Ini kerana?.

Menurut pakar nutrisi mengatakan bahawa kanak-kanak akan hilang fokus ketika di dalam kelas akibat rasa lapar dan ia sudah pasti menyebabkan pelajaran mereka turut terganggu.

Menurutnya, murid sekolah yang mengambil sarapan setiap hari mempunyai tumpuan lebih tajam, mampu berfikir secara logik dan membuat keputusan lebih baik. Secara tidak langsung, pencapaian di sekolah turut bertambah maju kerana sarapan membekalkan nutrisi yang diperlukan otak dan juga tubuh.

Pakar tersebut itu berkata, sarapan memerlukan kualiti di samping mengenyangkan perut si manja. Ini kerana kandungan nutrien, karbohidrat, serat dan protein merupakan makanan seimbang yang memberi kesan terhadap otak anak.

Selain itu, ibu bapa tidak boleh mengambil jalan mudah dengan membelikan nasi lemak, mee goreng atau kuih muih yang manis sebagai hidangan. Ini akan menyumbangkan tahap kolestrol yang tinggi buat anak dan kesannya adalah obesiti.

Jadi, hidangkanlah bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, sandwich atau paling mudah adalah susu. Hidangan seperti ini akan memberi zat-zat, kalsium, omega 3 dan omega 6 yang penting untuk pertumbuhan fizikal dan mental.

Sedikit perkongsian untuk memasak secara sihat:

1) Tambah sayur dan buah pada bila-bila masa yang anda boleh.
2) Pilih hidangan rendah lemak, gula, garam dan tinggi serat, kalsium serta nutrisi.
3) Tetapkan matlamat untuk hidangan yang sihat dan lazat.
4) Hidangan mestilah menarik dan menyeronokkan.

Itu sahaja perkongsian pada hari ini di minta anda kongsikan juga kepada orang yang memerlukan info ini. Terima kasih kerana setia menjadi pembaca di laman Women Online Magazine.

<< Berminat untuk kenal pasti anak tak ada selera makan? klik sini untuk maklumat lanjut..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Anak Tak Selera Makan ?

Next post

6 Cara-Cara Menghormati Ibu Bapa

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *