Oh! LelakiRomantika

4 Rahsia Tapak Tangan Lelaki

Rahsia Tapak Tangan - Women Online Magazine

Kredit foto: magic4walls.comwikimedia.org, creativecrash.comdreal.netstorage.torontosun.com 

Rahsia Tapak Tangan.Bimbang dan gusar dengan identiti si dia yang baru anda kenali? Atau anda masih was-was dengan hubungan yang baru dijalinkan bersama?

Masih tidak percaya pada si dia yang bersungguh-sungguh mengenali anda? Itu antara dilema wanita setiapkali baru menjalinkan hubungan serius dengan lelaki.Kini anda tidak perlu runsing memikirkan tentang si dia, cukup hanya meneliti rahsia tapak tangannya.

“Jika ingin mengetahui karakter lelaki sebelum kamu menjalinkan hubungan serius, terokalah tapak tangan kanannya,” ujar Marion Gale, penulis buku Read His Hands, Know His Heart.

 

Rahsia Tapak Tangan Lelaki

 

Rahsia Tapak Tangan - Women Online Magazine 2

 

1. Fire Hand

Tapak tangan lelaki jenis ‘fire hand’ ini berbentuk segi panjang dengan jari-jari tangan pendek adalah lelaki yang cepat gelisah apabila duduk dalam suatu jangka masa yang panjang. Si dia sangat menyukai perkara yang berbaur tentangan, sehingga dia boleh mengeluarkan tenaga lelakinya.Meskipun dia begitu, si dia dari jenis ini mempunyai keperibadian yang tinggi dan amat mudah bergaul. Tidak hairanlah jika anda mengetahui si dia mempunyai ramai teman baik. Jika anda tidak bersikap “bossy” kepada si dia, anda pasti akan melalui hubungan yang baik bersama si dia.

 

Baca Juga: Sikap Lelaki

 

2. Water Hand

Tapak tangan berbentuk panjang, dengan ukuran jarinya juga panjang. Si dia ini tergolong dalam kalangan yang baik hati, sabar dan gemar membaca!Mereka ini sering digelar ulat buku kerana sifatnya itu. Ia juga seorang yang mudah tersenyum dan tenang. Jadi tidak hairanlah, jika si dia jenis ini sukar ditemui di kelab-kelab malam kerana mereka lebih cenderung kepada suasana yang tenang dan santai.

 

Baca Juga: Rahsia Sebenar Lelaki

 

3. Earth Hand

Sekiranya si dia mempunyai tapak tangan yang berbentuk bujur, bersama ukuran jari-jemarinya pendek ini menandakan mereka dari golongan earth hand!Si dia ini lebih kepada sikap yang konservatif dan juga mempunyai pemikiran yang tinggi dalam kestabilan dalam hidup. Kelebihan buat anda kerana si dia ini gemar memasak dan bijak dalam mengubah sesuatu hidangan.Kemungkinan jika anda menemui si dia jenis ini di bandar, mereka biasanya sudah mempunyai kehidupan yang selesa, rumah besar dan kestabilan hidup yang tinggi.

 

Baca Juga: Lelaki Macho

 

4. Air Hand

Si dia memiliki tapak tangan berbentuk bujur dan jari yang panjang. Mereka mudah mempelari sesuatu yang baru dan berwawasan dengan melakukan aktiviti pengembaraan sama ada di dalam atau luar negara.Si dia jenis ini sangat teratur dalam setiap perjalanan hidupnya. Hanya dengan perbualan yang bijak, si dia mudah tertarik kepada anda!

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini ya jika anda suka.

<< Ketahui maksud tersirat di sebalik pemberian serta bilangan bunga ros yang diterima di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kena Faham! Kalau Nak Kurus,Kenalah Tahu Nilai Kalori Makanan

Next post

Kena Pergi! 6 Tempat Menarik Di Langkawi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *