Oh! LelakiRomantika

12 Cara Tingkatkan Kesuburan Lelaki

kesuburan lelaki - women online magazine

Kredit Foto: drd4healthybaby

Kesuburan Lelaki. Bila berbicara tentang masalah kesuburan pasti ada yang menunding jari terhadap kaum wanita. Adakah masalah kesuburan sememangnya berpunca daripada kaum wanita sahaja?

Tidak semestinya! Sebenarnya kaum lelaki juga mempunyai masalah kesuburan. Malahan, masalah kesuburan lelaki adalah lebih serius daripada kaum wanita. Terdapat tiga punca utama masalah kesuburan lelaki iaitu:

 

1. Pra Testikular

Pra testikular terjadi disebabkan oleh gangguan hormon. Walaupun buah zakar anda tiada masalah dan normal, namun ia tidak terangsang dan sekaligus tidak mampu menghasilkan sperma.

 

2. Testikular

Testikular pula adalah satu keadaan di mana terjadinya kerosakan sel pada buah zakar. Kerosakan ini mendatang kesan kepada penghasilan sperma yang tidak sihat.

 

3. Post Pestikular

Tahap ini merupakan situasi yang lebih kritikal di mana anda mampu menghasilkan sperma secara normal tetapi ia langsung tidak mampu untuk berejakulasi semasa melakukan hubungan intim.

 

Sperma yang sihat akan meningkatkan kesuburan lelaki tetapi kaum lelaki perlu tahu faktor apakah yang boleh mempengaruhi kualiti sperma serta apa yang perlu anda lakukan untuk meningkatkan kesuburan lelaki dan juga faktor apakah yang memberikan kesan pada hormon testosterone.

Perkara Yang Anda Perlu Tahu!

1. Berhenti Merokok & Jauhi Perokok

Jika anda seorang perokok, sila berhenti merokok kerana asap rokok boleh mengganggu kesuburan anda dan isteri.

 

2. Kurangkan Stres

Stres yang terlalu tinggi boleh mengganggu penghasilan dan keseimbangan hormone di dalam tubuh badan anda. Termasuklah hormone yang membantu dalam menghasilkan sperma.

 

3. Elakkan Minuman Yang Membunuh Sperma

Minuman beralkohol sememangnya dikaitkan dengan masalah kesuburan lelaki. Namun, sebagai orang Islam sudah tentu kita diharamkan daripada mengambil minuman beralkohol.

 

4. Mengamalkan Pengambilan Makanan Tambahan

Dapatkan makanan tambahan yang kaya dengan vitamin C, vitamin E, Cenzyme Q10, zink dan juga asid folik. Vitamin-vitamin ini terbukti dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma bagi kaum lelaki.

 

5. Elakkan Suhu Yang Terlalu Panas

Sauna atau mandian air panas adalah kurang baik untuk kesuburan lelaki kerana ia menyebabkan kilang penghasilan telur menjadi panas dan mematikan sperma. Elakkan daripada menggunakan laptop di atas riba kerana ia boleh mengganggu ksuburan lelaki disebabkan oleh penghasilan haba yang dihalakan ke arah bahagian sulit lelaki.

 

Baca Juga: Kebaikan Sauna Untuk Kesihatan

 

6. Elakkan Dari Pendedahan Kepada Bahan Kimia Dan Radiasi

Sinaran x-ray dan juga bahan kimia lain seperti racun serangga dipercayai boleh mengganggu penghasilan sperma dan menjadikan anda tidak subur.

 

7. Jangan Memakai Seluar Atau Seluar Dalam Yang Ketat

Seluar dalam dan juga jeans yang ketat akan memberikan masalah pengudaraan terhadap bahagian alat sulit anda.

 

8. Kekalkan Berat Badan Yang Ideal

Bagi lelaki yang terlalu kurus atau terlalu gemuk anda berkemungkinan untuk mempunyai masalah kesuburan lelaki. Golongan ini mempunyai kandungan sperma yang rendah serta akan menghasilkan sperma yang cacat.

 

Baca Juga: Berat Badan Ideal

 

9. Jangan Mengambil Dadah Secara Haram

Penyalahgunaan dadah dapat menyebabkan sperma mati kerana ia boleh mengecutkan kilang sperma dan menghilangkan tahap kelakian seseorang lelaki.

 

10. Dapatkan Khidmat Pakar Sakit Tuan

Anda boleh mendapatkan khidmat pakar sakit tuan jika masalah kesuburan lelaki terus menyelubungi anda.

 

11. Jauhi Hubungan Seks Secara Rambang

Amalkan seks yang bermoral mengikut landasan agama bagi menghindari dari diserang oleh penyakit kelamin yang dasyat seperti kencing bernanah atau serangan kulat pada alat sulit anda.]

 

12.Lakukan Aktiviti Fizikal

Amalan gaya hidup yang sihta pastinya membuatkan tubuh bertambah sihat. Jadi, rajin-rajinlah bersenam dan bersukan.

 

Info Ekstra!

Makanan Yang Boleh Mengekalkan Kesuburan Lelaki

Buah Pisang

Buah pisang sangat berkesan dalam meningkatkan kesuburan lelaki kerana ia boleh meningkatkan bilangan sperma lelaki. Bromelain yang terdapat dalam buah pisang membantu meningkatkan pengeluaran testosterone.

 

Coklat

Coklat mengandungi L-arginine yang merupakan sejenis asid amino yang sangat diperlukan oleh tubuh badan dalam menghasilkan sperma. Ia mengakibatkan pengembangan salur darah yang bertujuan untuk meningkatkan aliran darah pada alat sulit dan membantu dalam proses ereksi.

 

Bawang Putih

Walaupun ada sesetengah daripada anda yang kurang gemar akan bawang putih kerana baunya tetapi sebenarnya merupakan bahan yang berperanan penting dalam proses ereksi. Ia mengandungi vitamin B6 serta selenium.

 

Buah Delima

Buah delima mengandungi bahan anti oksida yang dapat melawan sejenis bahan kimia yang dipanggil sebagai malondialdehyde yang boleh membunuh sel sperma.

 

Bayam

Kandungan asid falic di dalam bayam membantu meningkatkan kuantiti sperma. Bahan ini juga mampu menghasilkan sperma yang sihat.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini ya!

<< Ketahui keistimewaan lelaki berambut panjang di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

4 Jenis Jubah Cotton Yang Memenuhi Selera Wanita Muslimah Malaysia

Next post

Resepi Kek Buah Masam Manis

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *