Oh! LelakiRomantika

Kenapa Lelaki Suka Merajuk? Ketahui Tips Memujuknya Di Sini…

Lelaki Merajuk - Women Online Magazine

Foto: cliccoaching

Di dalam perhubungan, tidak semestinya hanya wanita yang sering merajuk. Lelaki hari ini jauh lebih sensitif dan cepat terasa dengan tidak tanduk pasangannya. Biarpun sering kelihatan macho, mereka juga mahukan ruang untuk dipujuk.

Jadi wahai wanita, jangan ambil mudah hal ini.Oleh itu, sebagai sebagai pasangan yang bijak, anda harus tahu cara memujuknya.

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah mengetahui punca lelaki itu merajuk. Jika anda sedar kesilapan itu berpunca dari anda, berterus-teranglah dan mengakui kesilapan. Lelaki seorang yang ego, jangan anda menambah dan mencabar lagi keegoaannya. Lebih baik anda meminta maaf dan mengakui kesilapan untuk meneruskan hubungan yang baik.

Sekiranya anda melakukan satu kesalahan dan si dia mula merajuk, jangan terus memberikan penjelasan kepadanya. Beri dia ruang untuk ‘melayan perasaan’ dahulu. Setelah rajuknya reda, barulah anda cuba mendapatkannya dan menjelaskan keadaan yang sebenar.

Mungkin sebagai tanda maaf, anda boleh memasak sesuatu yang istimewa dan letakkan di atas meja pejabatnya untuk makan tengah hari bersama nota maaf. Mana tahu selepas itu dia menghubungi anda dan keadaan kembali normal. Tak cuba mesti tak tahu bukan!

Jika sebelum ini dia ada mengajak anda melakukan sesuatu seperti menonton bola tetapi anda menolak, apa kata anda pula mengajaknya? Cuba lakukan sesuatu yang si dia gemar dan mungkin dia akan kembali baik atas usaha ini. Cubalah.

Wanita sering dikatakan kreatif dalam melakukan sesuatu. Sekiranya si dia langsung tidak mengendahkan anda, mungkin anda boleh menulis penjelasan anda dan kata-kata maaf di dalam sebuah kad yang anda buat sendiri. Ayat-ayat cinta dan usaha anda pasti membuatkan rajuknya reda. Apatah lagi dia melihat usaha anda yang bersungguh-sungguh.

Sebagai pasangan si dia, anda pasti tahu kelemahannya bukan? Apa kata anda cubanya untuk memenangi semula hati si dia? Tetapi berpada-padalah, jangan sehingga mencabar keegoan si dia. Jika berlaku, bertambah besarlah masalah anda.

Sekiranya usaha yang telah dilakukan tidak berjaya dan si dia masih merajuk dengan anda, cuba mendiamkan diri. Setelah berusaha sedaya upaya untuk memujuknya, diamkan diri dan sekiranya si dia menyayangi anda, dia pasti rindu dan akan menghubungi anda.

Kesimpulan

Apa pun yang anda lakukan, ingatlah lelaki itu merajuk kerana inginkan perhatian dan mahu pasangannya mengambil berat tentangnya. Mungkin tanpa anda sedar, kesibukan anda mungkin menyebabkan si dia berkecil hati. Bina hubungan anda bersama dengan baik dan elakkan dari pergaduhan yang boleh menyebabkan sesuatu yang tidak baik berlaku.

<< Ketahui 6 sebab kenapa lelaki gemuk dikatakan lebih ‘awesome' di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui Kebaikan Jika Anda Cuci Gigi @ Scaling

Next post

Ketahui Pantang Larang Pemakanan Buat Ibu Hamil

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *