Betul Ke Bohong, Lelaki Berambut Panjang Lebih Penyabar Orangnya?
Biasanya wanita lebih tertarik dengan lelaki yang berpenampilan kemas serta berambut pendek.
Tetapi, cubalah anda renungkan seketika tentang ketampanan Johnny Deep, Brad Pitt dan Orlando Bloom ketika mereka berambut panjang. Nampak handsome dan seksi, kan? Bukan itu sahaja, lelaki yang suka membela rambut panjang ini dikatakan mempunyai karisma tersendiri. Jom, semak apa yang menarik dan untungnya jika seorang wanita itu memilih lelaki berambut panjang sebagai kekasih hatinya.
1. Tak Akan Ada Masalah Jika Anda Tertinggal Getah Rambut
Jika anda berambut panjang, sudah pasti pernah berasa benggang apabila tertinggal getah pengikat rambut ataupun ia terputus secara tiba-tiba. Untunglah, bila mempunyai kekasih yang berambut panjang. Boleh pinjam getah rambutnya! Selain itu, ketika anda mengalami ‘bad hair’ sudah pasti si dia juga akan memberikan anda cadangan supaya mengikat rambut.
2. Lelaki Berambut Panjang Cukup Penyabar
Menunggu rambut panjang memang memerlukan kesabaran. Tambahan pula, bukan senang untuk menjaga ataupun merawatnya. Lelaki yang berambut panjang biasanya lebih sabar dan penuh perhatian. Sebagai wanita kesayangannya, sudah pasti si dia akan menjaga anda sepertimana dia menjaga dan menyayangi rambutnya yang panjang itu.
3. Boleh Sama-Sama Ke Salon Rambut
Tentu ada yang tak suka pergi ke salon ‘sorang-sorang’. Lebih seronok jika pergi bersama kawan-kawan ataupun kekasih hati. Jika anda mempunyai kekasih hati yang berambut panjang, sudah tentu si dia tidak akan teragak-agak untuk menemani serta sama-sama merawat rambut di salon. Wah, pasti ‘best’!
Memiliki rambut panjang sememangnya mempunyai banyak kelebihan untuk mendandan rambut. Boleh diikat satu seperti ekor kuda, disanggul, dikeriting dan sebagainya. Jika anda sukar untuk mendandan rambut sendiri, kebetulan si dia berambut panjang, apa kata anda jadikannya sebagai model percubaan anda. Rambut lelaki biasanya lebih lembut dan mudah didandan, ia akan memudahkan anda untuk mencuba pelbagai gaya rambut yang boleh anda peroleh di internet ataupun You Tube.
5. Lelaki Berambut Panjang Hurmm… Memang Selamba!
Lelaki berambut panjang sering dikaitkan dnegan imej yang serabut, tidak kemas dan sering nampak ‘huru-hara’. Sebenarnya lelaki berambut panjang ini adalah jenis lelaki yang berjiwa bebas dan tidak suka nampak terlalu kemas. Lelaki berambut panjang biasanya kreatif dan merupakan seorang cukup selamba!
Kredit foto: thefilmstage
<< Ketahui potongan gaya rambut lelaki yang disukai wanita di sini.
No Comment