SHUHADA-ALAUDDIN-Wom.my_

Antara Pengalaman dari Pakar Perunding Women Online Magazine adalah :

Shuhada Alauddin adalah Pakar dalam Pembentukan Personaliti & Terapi Warna. Beliau mengasaskan MYRYL dengan tujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang telah membawanya ke dalam industri latihan. Melalui warna, beliau menemui minatnya yang sebenar iaitu untuk menyebarkan dan berkongsi ilmu pengetahuan mengenai Pembentukan Personaliti melalui warna.

Hal ini juga menyebabkan beliau meninggalkan profesionnya sebagai peguam dalam sektor korporat selama 11 tahun dan memulakan MYRYL dengan harapan dapat memendekkan proses pembelajaran bagi orang lain yang melalui perkara yang sama seperti beliau iaitu bekerja dalam bidang yang tidak sesuai dengan personaliti mereka yang menyebabkan kepuasan bekerja tidak diperoleh dengan sepenuhnya.

Pada masa ini, beliau merupakan seorang pelatih dan perunding sepenuh masa di MYRYL yang mempunyai kelayakan seperti yang berikut:
Bachelor of Law (Hons.)
Certified Personality Development & Colour Therapy Practitioner
Certified Neuro Semantics & Neurolinguistic Programming Practitioner
Certified Body Language Practitioner
Certified Hypnotherapist & Time Lines Practitioner
Certified Self Actualization Psychology Practitioner

Sebagai seseorang yang sering berpesan kepada para pesertanya untuk sentiasa mencabar kebolehan diri dan “step out of the comfort zone”, Shuhada sendiri berpegang pada prinsip tersebut. Pada setiap kesempatan yang diperoleh, beliau akan cuba untuk meneroka perkara-perkara di luar kebiasaan. Ini merupakan suatu cara untuk mempelajari dan menimba pengalaman dalam bidang-bidang yang baru, yang telah berjaya membawa beliau ke dalam industri penyiaran baru-baru ini.

Tahun 2013 merupakan salah satu tahun yang paling mencabar dan menyeronokkan bagi beliau setakat ini apabila beliau diminta untuk mengendalikan Pre-Budget Special Programme oleh Capital TV, suatu saluran di bawah Hypptv. Permintaan buat pertama kali ini telah membuka satu peluang lagi kepada beliau apabila diberi kepercayaan untuk mengendalikan keseluruhan musim baru rancangan yang diberi nama To The Point di bawah Capital TV, yang membolehkan beliau berjumpa dan menemu bual personaliti-personaliti yang menarik dalam bidang perniagaan.

Visi Shuhada adalah untuk menjadi seorang jurulatih bukan sahaja dalam Malaysia malah menjadi jurulatih dan penceramah di peringkat antarabangsa. Sebagai seorang yang sering mencari peluang dan cabaran baru, anda boleh tetap yakin bahawa beliau sedang berusaha untuk merealisasikan visinya dalam jangka masa terdekat!

 

1 Comment

  1. December 6, 2016 at 4:20 am — Reply

    bagus

Leave a Reply to muhd ramzam bin taib Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *