Antara Pengalaman dari Pakar Perunding Women Online Magazine adalah :

Dr. S. Selva adalah antara doktor perintis yang memulakan rawatan ‘bayi tabung’ / IVF di Malaysia. Beliau adalah doktor pertama yang memulakan perkhidmatan IVF di Melaka. Beliau juga adalah doktor perintis yang memulakan pembedahan lubang kunci / laparoskopi bagi penyakit ginekologi. Selama 18 berkecimpung dalam bidang infertiliti dan pembedahan laparoskopi, beliau telah menolong ramai pasangan untuk hamil, secara semulajadi mahupun dengan rawatan seperti IUI atau IVF.
Beliau juga adalah pakar bedah pertama di Malaysia untuk memulakan pembedahan laparoskopi 3D. Beliau berusaha untuk mendidik para doktor di Malaysia dan juga luar negara dalam bidang pembedahan laparoskopi. Oleh sebab usahanya, beliau kini adalah Presiden APAGE (Asia Pacific Association for Gynaecologic Endoscopy and Minimally Invasive Therapy).

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *