Dr Ariffin - Woman Online Magazine

 

BMed.Sc UKM, KUL
M.D KULeuven, Belgium
MSc UKM (Industrial Psychology)
MBE UK (Finance Mgt)
PhD Germany ( Entr Leadership)

 

EXPERTISE : Design & Develope
• Entrepreneur Development Programs
• Executive Health Awareness
• Dynamic Charity Programs
• CSR Activities & Programs

Beliau memulakan kerjaya sebagai Doctor pada tahun 90an sebelum melanjutkan Master dan PhD dalam Industrial Psychology, Bussines Economics, Entrepreneurship &Leadership. Setelah di Eropah selama lebih 15 tahun, beliau mula menceburi bidang keusahawanan pada masa itu.

Minat beliau dalam penulisan terserlah sejak awal tahun 90an, apabila beliau mengasaskan beberapa siri Seminar Kewartawanan secara berkala, dengan kerjasama media arus perdana. Selain bidang kesihatan umum dan kesihatan korporat, beliau aktif dalam dunia konsultan dan motivasi keusahawanan.
Beliau telah mengasaskan pelbagai program kesihatan diantaranya Program “Executive Health Awareness” dan Program “Prevention is Better Than Cure” dipromosikan dari peringkat sekolah hingga ke IPTA/S dan peringkat pegawai kanan kerajaan hingga eksekutif korporat.
Beliau telah menerbitkan Majalah SIHAT dan Buletin KESIHATAN ASAS KECEMERLANGAN dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dalam bidang motivasi keusahawanan beliau telah mengasaskan beberapa program besar dengan pelbagai modul merangkumi program kesedaran keusahawanan hinggalah program pengurusan profesional. Bersama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri, MECD dan KPDNKK beliau telah melaksanakan Program Pembangunan Usahawan Muda, Program Pengurusan dan Pembangunan Korporat sejak 1998. Beliau telah bersama menerbitkan Majalah dan Buletin berkaitan keusahawanan diantaranya Majalah Permata Usahawan, Majalah Usahawan Muda, The Fabulous, dll.
Follow us: @WOMDOTMY on Twitter | womenonlinemagz on Facebook