ProblemSihat

6 Penyebab Sembelit

sembelit - Woman Online Magazine

Kredit Foto: patrastimes

Penyebab Sembelit. Anda kerap mengalami masalah sembelit? Tahu Tak, Apa Penyebab Sembelit?

Sebenarnya banyak sekali punca yang menjadi penyebab sembelit ini. Secara normal, kita akan membuang air besar pada setiap hari atau sekali dalam dua hari.Tekstur dari fesses yang normal juga tidak begitu keras dan juga tidak terlalu lembik. Apabila anda mengalami kesukaran membuang air besar, ini bermakna anda perlu melihat kembali apa sahaja aktiviti yang telah anda lakuan.

Berikut beberapa penyebab sembelit. Antaranya adalah…

 

  1. Stress

Inilah antara penyebab sembelit yang harus anda ketahui. Saraf enterik yang berfungsi luar biasa mengatur sistem penghaaman akan terganggu ketika anda mengalami stress. Keadaan ini akan membuatkan anda mendapat penyakit sembelit.

 

  1. Kekurangan Cecair

Masalah yang satu ini memang kerap menjadi permasalah mereka yang mengalami susah membuang air besar. Ia memang menyebabkan sistem penghadaman menjadi terganggu dan akhirnya sembelit. Minum cukup air secukupnya dan secara berangsur angsur anda akan bebas daripada sembelit.

 

Baca Juga: Masalah Gemuk Air

 

  1. Mengandung

Mengandung juga boleh menjadi salah satu sebab anda mengalami masalah sukar membuang air besar. Sistem hormon dan saraf enterik akan terganggu dan menjadi penyebab sembelit. Jadi, sebab itulah anda perlu mengambil banyak makanan serat untuk mencegah masalah sembelit.

 

  1. Kurang Bersenam

Kurang bersenam boleh mempengaruhi sistem penghadaman. Jadi, cubalah bersenam secara rutin pada setiap hari. Paling tidak pun, buat aktiviti berjalan kaki untuk mengurangkan masalah sembelit.

 

  1. Tiroid

Anda yang berhadapan dengan masalah ‘hypothyroidism’ lebih mudah mengalami sembelit.Ini adalah kerana kelenjar tiroid tidak berfungsi, sehingga menyebabkan ada sembelit.

 

  1. Travelling

Selain makanan yang menjadi penyebab utama sembelit, ‘travelling’ atau berjalan-jalan dalam tempoh yang lama boleh membuatkan anda diserang sembelit. Pada ketika itu, jadual makan dan keadaan tubuh anda akan berubah.Jadi, pastikan anda makan makanan seperti bijirin atau makanan lain yang berkhasiat. Ia sangat penting untuk mencegah anda daripada sembelit.

 

Baca Juga: Kuman Berbahaya

 

Nota Kaki: Anda disarankan SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang mungkin sering mengalami masalah sembelit ini.

<< Ketahui cara mujarab mengubati sakit leher di sini.

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui Menu Hari Raya Yang Boleh Buat Kita Gemuk

Next post

Turunkan Berat Badan Dengan khasiat ubi kentang

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *