ProblemSihat

5 Cara Menghilangkan Panau

Cara Menghilangkan Panau - Women Online Magazine

Kredit Foto:  skinps.com

Cara Menghilangkan Panau.Panau adalah jangkitan yang berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis ‘Malassezia'.

Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan minyak seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala.

Panau bukanlah sejenis penyakit yang menyakitkan, tetapi boleh menyebabkan rasa gatal, ia juga akan menjadi kemerahan dan bersisik apabila bahagian yang gatal dan berpanau tadi digaru. Tompok-tompok panau berbentuk bulat atau bujur dan kadang-kala bercantum menyebabkan permukaan yang terlibat lebih luas.

Siapakah yang mudah mendapat panau?

Panau boleh melibatkan semua peringkat usia. Namun begitu, ia lebih kerap berlaku di kalangan remaja dan kanak-kanak. Pesakit yang kekurangan zat makanan atau mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan ‘immunosuppressant' juga kerap mendapat panau. Begitu juga dengan pesakit ‘hyperhidrosis' atau peluh yang berlebihan.

Petua tradisional menghilangkan panau

1. Daun Pinang

Tumbukkan daun pinang sehingga lumat dan ratakan di bahagian yang dijangkiti panau.

 

2. Lengkuas

Ambil beberapa ulas lengkuas dan tumbuk untuk mendapatkan airnya. Sapu air lengkuas di bahagian yang terkena panau. Semasa mengamalkan petua ini, elakkan mengambil makanan yang mengandungi lengkuas, ini untuk mempercepatkan lagi kesannya.

 

3. Bawang Putih & Halia

Tumbukkan kedua-dua bahan diatas dan sapu dan ratakan dibahagian yang terkena panau.

 

4. Daun Belimbing

Ambil beberapa helai daun belimbing dan tumbukkan sehingga lumat. Campurkan sedikit bersama asam jawa dan beras. Tempelkan bahan tadi di bahagian terkena panau. Selepas 10 minit, cuci sehingga bersih.

 

Baca Juga: Khasiat Belimbing Buluh

 

5. Daun Gelenggang

Tumbuk lumat beberapa helai daun gelenggang. Ratakan pada panau dan biarkan selama 10 ke 15 minit sebelum dicuci bersih. Amalkan selalu sehingga panau hilang.

 

Ubatan Moden

Ubat yang tidak spesifik dengan kulat:

  • Losyen 2.5% selenium sulphide
  • Propylene glycol
  • Whitfield’s ointment

Ubat Sapu Antikulat

  • Kumpulan azole – clotrimazole, miconazole, ketoconazole, econazole, tioconazole
  • Krim terbinafine

Bagaimana cara untuk mengelakkan panau berulang?

Peratusan panau berulang adalah setinggi 60% pada tahun pertama. Losyen ‘selenium suphide' boleh digunakan sebulan sekali untuk mengelakkan panau daripada berulang. Pengambilan ubat sistemik antikulat selama sehari hingga tiga hari sebulan juga membantu.

 

<< Benarkah wanita berkulit cerah lebih mudah terkena kanser kulit? Selanjutnya baca di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

8 Manfaat Bila Anda Lakukan Seks Dengan Penuh Kasih Sayang

Next post

7 Cara Atasi Masalah Punggung Besar

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *