ProblemSihat

Cara Mengecilkan Pinggang Dengan Cepat

cara mengecilkan pinggang - woman online magazine

Kredit Foto : zolace

Cara Mengecilkan Pinggang. Setiap wanita pasti mahu mempunyai ukuran pinggang yang ideal dan sudah tentu anda ingin tahu cara mengecilkan pinggang ini.

Tambahan pula, salah satu kategori seksi adalah ukuran pinggang yang ideal.Cuba anda amati ukuran pinggang anda. Apakah ukuran pinggang anda itu sudah menepati kehendak anda?Atau, alahai… banyaknya timbunan lemak yang berlebihan di pinggang!

Pinggang yang lebar disebabkan timbunan lemak boleh mencacatkan penampilan dan jika anda mengalami masalah ini elok juga jika anda cuba beberapa cara mengecilkan pinggang ini.

Cara Mengecilkan Pinggang

Kebanyakan wanita cuba mengecilkan pinggang yang dipenuhi timbunan lemak itu dengan cara memakan pil pelangsing.Namun, cara mengecilkan pinggang ini kurang efektif memadangkan terdapat banyak efek sampingan seperti cirit-birit, badan lemah, mual, sakit kepala dan sebagainya.Anda yang memiliki pinggang yang berlemak, tak perlu susah hati kerana ada cara lain yang lebih murah dan selamat untuk anda cuba mengecilkan pinggang anda.

 

Baca Juga: Cara Mengecilkan Perut Dan Pinggang

 

Berikut ini adalah cara mengecilkan pinggang yang boleh anda praktik.

1. Lakukan Senaman Mengecilkan Pinggang

Anda perlu melakukan senaman yang sesuai untuk mengecilkan pinggang.Antara senaman yang boleh anda lakukan trampolin, kardio, sit-up, push-up,jogging serta yoga. Cara mengecilkan pinggang dengan senaman ini harus anda lakukan dengan perlahan-lahan, sedikit demi sedikit sehingga anda menjadi cukup kuat untuk melakukannya dalam tempoh yang cukup lama. Misalnya untuk senaman trampoline, anda boleh mulakan dengan 2 lompatan dulu, sit up cukup 20 kali dulu.

Semakin kerap dan lama anda bersenam, jumlahnya tentu akan bertambah. Lakukan senaman tersebut secara teratur kerana ia akan membakar lemak di tubuh anda termasuk di pinggang.Selain membakar lemak, senaman ini juga baik untuk proses metabolisme tubuh sehingga anda akan menjadi lebih sihat. Senaman tersebut bukan hanya untuk mengecilkan pinggang, malah termasuk cara mengecilkan paha dan menguatkan pinggang.

 

2. Menjaga Pemakanan

Timbunan lemak di tubuh termasuk bahagian pinggang boleh disebabkan kerana anda tidak menjaga pemakanan denganbaik. Terlalu kerap makan makanan bergoreng, pengambilan junk food, makan makanan yang berlemak tinggi adalah kebiasaan buruk yang harus anda tinggalkan untuk mendapatkan pinggang yang ideal.

 

Berikut 3 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Menjaga Atau Mengawal Pemakanan Anda

  • Mengurangi Makanan Berlemak dan Mengandungi Gula

Mengurangkan dua makanan tersebut sangat tepat dijadikan sebagai cara mengecilkan pinggang. Makanan yang berlemak seperti makan bergoreng, bersantan, junk food, dan makanan yang banyak mengandungi gula (manis) boleh menjadi penyebab banyaknya timbunan lemak di tubuh jika diambil terlalu kerap. Jadi, sebaiknya cubalah hindari makanan tersebut dan teliti label kandungan lemak dan gula jika anda memilih untuk makan makanan yang sudah tersedia.

 

Cara mengecilkan pinggang lainnya yang cukup efektif adalah dengan mengurangkan pengambilan kalori. Cara efektif untuk mengurangi timbunan lemak di pinggang ataupun perut adalah dengan mengurangi 500-1000 kalori harian. Jadi, pilihlah makanan yang tahap kalorinya rendah. Minum air putih 8 gelas setiap hari juga sangat baik untuk mengurangkan kalori, kerana air putih adalah minuman tanpa kalori.

 

Baca Juga: Rahsia Diet Air Putih

 

Sebenarnya cara mengecilkan pinggang ini sangat mudah. Makanan yang berkhasiat tentulah makanan sihat, yang tentu dapat mengurangkan lemak dalam tubuh anda. Makanan sihat yang dimaksud itu adalah buah-buahan, sayuran, kacang-kacangan, ikan, daging dan susu tanpa lemak dan lain-lain. Pilihlah sayur-sayuran yang kaya dengan serat. Serat pada makanan akan memberikan efek kenyang yang lebih lama.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini ya!

<< Ketahui tips hilangkan selulit dengan berkesan di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Mee Udang Sedap

Next post

7 Cara Mudah Supaya Bibir Pink Semulajadi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *