KewanitaanSihat

Kenali Dengan Jelas Tanda-Tanda Kanser Payudara

Tanda-Tanda Kanser Payudara - Women Online Magazine

Foto: myfountainonline

Kebelakangan ini ramai wanita yang sudah mula sedar tentang bahaya kanser payudara. Apatah lagi, kes berkaitan dengan kanser payudara ini sering berlaku dalam masyarakat hari ini.

Salah satu cara terbaik untuk menghindari kanser payudara adalah dengan mengenal pasti sejak awal lagi setiap perubahan, sekecil apapun pada payudara anda. Adalah sangat penting setiap wanita melakukan mammogram secara rutin pada setiap tahun.Pemeriksaan mammogram adalah salah satu cara untuk mengesan adanya kanser payudara, sehingga boleh ditangani dengan cepat.

Tidak banyak tanda-tanda yang boleh dilihat dari mata kasar jika anda mengalami kanser payudara. Jadi,sebab itulah penting untuk  melakukan screening setahun sekali dan melakukan pemeriksaan payudara sendiri (SADARI) pada setiap bulan. Dengan melakukan pemeriksaan mammogram, perubahan abnormal pada payudara akan dilihat.

Berikut adalah beberapa perubahan abnormal yang mungkin merupakan tanda-tanda kanser payudara yang diambil daripada sumber American Cancer Society:

  1. Pembengkakan pada seluruh atau sebahagian payudara.
  2. Iritasi pada kulit payudara.
  3. Rasa sakit pada payudara.
  4. Rasa sakit pada puting atau puting masuk ke dalam.
  5. Kemerahan atau penebalan pada kulit puting atau payudara.
  6. Keluarnya cecair dari puting selain air susu.
  7. Adanya benjolan di ketiak.

Kesimpulan

Tanda-tanda tersebut tidak semestinya kanser payudara, tetapi boleh juga merupakan petanda dari keadaan yang tidak berbahaya, misalnya terkena infeksi. Sungguhpun begitu, anda harus segera membuat pemeriksaan doktor jika mengalami salah satu atau beberapa daripada tanda-tanda tersebut. Semakin cepat anda mengesan tanda-tanda kanker payudara, semakin tinggi kesempatan anda bertahan untuk hidup!

<< Miliki payudara tegang dan montok dengan senaman tiga jari di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cari Pasangan Hidup: Suami Soleh & Penyayang Idaman Semua Wanita!

Next post

Atasi Masalah Bayi Muntah Selepas Menyusu

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *