Ketahui 6 Tanda Anda Sakit Gusi
Kredit : shorelinesmiles
Menjaga kesihatan gigi dan gusi sangatlah penting. Ini adalah kerana gigi dan dalam mulut merupakan sarang berkumpul dan pembiakan bakteria.Jadi, anda perlu membersihkannya pada setiap hari terutamanya sebelum tidur untuk mencegah agar bakteria tidak menganggu kesihatan gigi anda.
Lagipun gusi yang sihat adalah tanda bahwa anda mempunyai mulut yang baik. Sakit gusi boleh menjadi tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada kesihatan mulut dan gigi anda.Sakit gusi biasanya disebabkan oleh karang gigi. Pada gigi setiap manusia pasti ada plaknya. Plak yang berterusan tertinggal pada gigi lambat laun akan menjadi keras. Plak yang mengeras inilah yang disebut karang gigi.Plak mengandungi bakteria. Jika terus dibiarkan bakteria tersebut akan menyerang gusi. Akibatnya gusi akan sakit, jadi merah dan mudah berdarah.
Berikut beberapa petanda yang menunjukkan anda sakit gusi atau gusi anda sedang bermasalah.
Setelah anda menikmati daging atau bangun tidur, nafas anda akan berbau tidak sedap. Tapi, normal lah tu. Namun, jika anda memiliki masalah bau mulut sepanjang waktu, bahkan setelah memberus gigi dan memakai ubat kumur secara teratur, ia boleh menjad petanda bahawa anda telah mendapat sakit gusi.
- Gusi Berdarah
Jika anda nampak gusi berdarah setelah anda memberus gigi, itu adalah tanda bahwa gusi anda telah lemah dan memerlukan rawatan yang tepat. Usah biarkan sakit gusi ini terus melarah, dan sudah tiba masanya anda berjumpa dengan doktor gigi.
- Gigi Goyang
Gigi anda menjadi mudah goyang dan keadaan ini jelas menunjukkan gusi anda tidak memiliki pegangan yang kuat.Anda menjadi lebih mudah untuk terkena sakit gusi.
- Gigi Sensitif
Jika anda berasa ngilu setelah makan atau minum sesuatu yang sangat panas atau dingin, itu menandakan bahwa kesihatan gusi anda telah terganggu.Gusi yang sihat mudah beradaptasi dengan segala macam suhu.
- Gusi Mula Menyusut
Perkara ini biasanya terjadi ketika kesihatan gusi sudah teruk, sehingga gusi mula menyusut. Penyusutan gusi akan membuatkan gigi anda kelihatan lebih panjang dan hujung gigi mula dapat dilihat dengan jelas.
- Gusi Bernanah
Sekiranya ada nanah di gusi, anda perlu segera berjumpa dengan doktor gigi. Gejala ini biasanya muncul setelah keadaan sakit gusi anda yang sudah terlalu parah. Ia jelas menunjukkan anda telah mengabaikan kesihatan gusi anda selama ini.
<< Ketahui penyebab utama gigi berlubang di sini.
No Comment