Problem

Mulut Berbau? Cuba 7 Cara Hilangkan Bau Mulut Ini!

cara hilangkan bau mulut - woman online magazine

Kredit Foto :empowher

Cara Hilangkan Bau Mulut. Jika anda termasuk dalam kategori mereka yang mempunyai masalah bau mulut atau nafas berbau, sudah pasti anda berasa serba tak kena.

Apatah lagi, kalau tugasan anda memerlukan anda selalu berkomunikasi dengan orang lain. Secara automatik bau mulut yang dialami membuatkan anda berasa rendah diri dan sedikit tertekan ketika bercakap.Sungguhpun begitu, jangan cepat ‘give up’. Baca dulu beberapa cara hilangkan bau mulut kerana ia benar-benar membantu membuatkan nafas anda kembali terasa segar pada setiap hari.

 

Cara hilangkan bau mulut adalah seperti berikut:

  1. Kena Rajin Memberus Gigi

Setiap pagi sebelum anda melangkah keluar dari rumah, jangan lupa untuk memberus gigi. Anda juga harus memberus gigi, terutama selepas anda menikmati makanan. Jika tidak memberusnya, anda akan selalu merasakan gigi anda kotor sepanjang hari dan masalah bau mulut yang anda alami ini tidak akan selesai.

 

  1. Bersihkan Lidah

Lidah adalah antara bahagian paling kotor di tubuh anda. Jadi, ketika memberus gigi, cuba gosok bahagian lidah agar bakteria-bakteria yang terdapat pada lidah akan keuar dari dalam mulut anda.

 

  1. Wajib Minum Banyak Air Putih

Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk selalu memberus gigi, alternatif lain yang boleh anda gunakan ialah banyakkan minum air putih. Ia akan dapat membantu memperbanyakkan pengeluaran air liur untuk membunuh bakteria yang menjadi penyebab bau mulut.

 

Baca Juga: Kebaikan Air Suam

 

  1. Kunyah Gula-Gula Getah

Jika anda tersenarai dalam golongan mereka yang sibuk dan sering membuat ‘presentation’ di hadapan ramai orang, kunyahlah gula-gula getah sebelum anda memenuhi tanggungjawab tersebut. Gula-gula getah berguna untuk mengurangkan rasa bau mulut anda, biarpun ketahanannya tidak lama tetapi cukup membantu anda.

 

  1. Jauhi Sebarang Jenis Makanan Berbau

Beberapa jenis makanan yang memiliki rasa sedap, namun dapat memberikan efek pada bau mulut anda. Beberapa makanan tersebut adalah daging, bawang merah dan bawang putih. Fikirkan bahan makanan pengganti menu tersebut agar anda dapat menghindari masalah bau mulut.

 

  1. Hindari Minuman Berbahaya

Beberapa jenis minuman berbahaya bagi tubuh juga memberikan efek buruk terhadap bau mulut anda. Beberapa minuman tersebut seperti minuman beralkohol, bikarbonat, dan kopi boleh menurunkan kadar Ph di dalam mulut dan membantu pertumbuhan bakteria.

 

  1. Hindari Rokok

Biasanya perokok akan memiliki bau mulut yang sama, disebabkan oleh asap rokok tersebut. Bau nafas seorang perokok tidak mudah hilang begitu saja.  Jadi, sebaiknya anda mencegah dari merokok sepanjang waktu.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini. 

<< Ketahui punca sebenar sakit bila kencing di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

7 Punca Sakit Belakang

Next post

6 Rahsia Miliki Kuku Sihat & Putih Bersih

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *