Problem

Ketahui Cara Mengatasi Infeksi Saluran Kencing

infeksi saluran kencing - woman online magazine

Kredit : userfiles

Infeksi saluran kencing boleh membuatkan anda menjadi serba tidak kena. Badan terasa lemah, sakit ketika membuang air kecil, malah adakalanya boleh membuatkan anda rasa seperti demam.Jika anda termasuk dalam kategori salah satu di antara sejuta orang yang menderita infeksi saluran kencing ini, anda tetap berpeluang untuk menolong diri anda sendiri.

Berikut beberapa langkah sederhana yang boleh anda ikut, tetapi jika gejala tersebut masih tidak berkurangan, segeralah berjumpa dengan doktor.

  1. Hindari kafein, alkohol, dan makanan pedas atau asam yang akan menambah kesan sampingan pada saluran kencing.
  2. Minum lapan atau 10 gelas air putih sehari untuk menghapuskan bakteria yang terdapat di dalam air kencing.
  3. Jangan minum banyak air pada saat anda hendak berjumpa dengan doktor kerana ia akan mencairkan sampel air kencing anda dan mengganggu hasil ujian tersebut.
  4. Gunakan botol berisi air panas atau batu tungku untuk mengurangi rasa sakit.
  5. Minumlah yogurt jika anda mengalami infeksi kulat setelah menelan antibiotik yang diberikan doktor untuk infeksi saluran kencing itu. Bakteria pada yogurt akan membantu mengontrol kulat tersebut.
  6. Jika anda mengalami rasa sakit menusuk yang tenggelam timbul, atau jika air kencing anda berwarna agak gelap atau berdarah, segeralah membuat pemeriksaan doktor.

<< Ketahui punca sebenar apabila anda kencing sakit di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Biskut Rainbow

Next post

Cara Terbaik Mengatasi Rambut Berminyak

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *