SenamanSihat

4 Senaman Mudah Untuk Mengecilkan Paha

Cara_Mengecilkan_Paha_-_women_online_magazine[1]

Kredit Foto: wikihow

Cara Mengecilkan Paha. Memiliki bentuk badan yang sempurna adalah impian ramai wanita. Tapi, paha yang besar sering menjadi penghalang untuk memiliki bentuk badan yang sempurna.

Berlari atau jogging, berjalan atau ‘walkathon’, dan berbasikal adalah antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita yang sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian paha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan paha anda?

WOM.my berkongsi beberapa senaman mudah untuk mengecilkan bahagian paha anda:

1. ‘Kerusi bayangan’

  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan anda pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk di atas kerusi
  • Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga satu minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan lima kali setiap hari.

 

Baca Juga: Cara Mengatasi Punggung Besar

 

2. Pergerakan “menggunting”

  • Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi.
  • Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah.
  • Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas.
  • Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri.
  • Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan.
  • Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.

 

3. Pusingan bulatan

  • Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda.
  • Angkat sebelah kaki anda ke atas setinggi yang boleh.
  • Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda.
  • Buat pusingan jam sebanyak lima kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set sekiranya anda mampu.

 

Baca Juga: Senaman Kecilkan Payudara

 

4. Melompat di atas ‘trampoline’

Aktiviti ini jika dilakukan selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan kerana melompat di atas ‘trampoline’ ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolisme, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik.

 

5. Pakai kasut tinggi!

Kalau sebelum ini anda memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan paha. Walau bagaimanapun,anda haruslah beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati kerana kajian mendapati anda tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi dua inci!

 

Di samping anda melakukan senaman untuk mengecilkan paha,anda juga wajib untuk mengikut beberapa tips ini untuk memastikan paha anda kecil dengan cepat.

 

6. Kurangkan pengambilan makanan berlemak

Anda haruslah mengurangkan pengambilan makanan yang berlemak kerana makanan berlemak merupakan faktor utama paha yang besar.Gantikan dengan makanan yang lebih sihat dan mempunyai khasiat yang baik untuk badan anda. Kaedah ini secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan lemak dalam badan anda. Seronok bukan?

 

7.Makan makanan yang berserat

Makanan berserat seperti sayur dan buah-buahan mempunyai khasiat yang sangat tinggi dan kurang lemak dan secara tidak lansung dapat membantu mengurangkan saiz paha anda.

 

Info Ekstra

– Jika anda benar-benar serius untuk kuruskan badan, kami mencadangkan anda dapatkan Panduan Formula Kuruskan Badan Berkesan dan menjimatkan kos anda. 

Adakalanya kita tidak menyedari jalan mudah yang diambil dengan pembelian produk kuruskan badan itu sebenarnya satu pembaziran.Bayangkan anda kena habiskan wang untuk produk Kurus sebanyak RM 400 sebulan semata-mata mahu kurus, sedangkan jika dikumpulkan setahun RM 400 x 12 = RM 4800. Dah macam boleh bayar duit pendahuluan kereta!

Bagi anda yang kurang berkemampuan, jangan kecewa. Masih ada jalab penyelesaian jika anda mahu kurus dengan berkesan tanpa mengeluarkan modal yang besar.

Jika anda berminat sila klik link ini = [ Formula Kurus Berkesan ]

Kesimpulan

Semakin konsisten senaman disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya. Semoga berjaya bagi yang mahu mencuba!

 

 << Anda mahu kurus? Baca senaman untuk kurus di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Tips Dekorasi Dapur Sempit Yang Perlu Anda Cuba

Next post

8 Petua Berkesan Mengubati Bayi Selsema

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *