SenamanSihat

6 Manfaat Senam Aerobik

manfaat senaman aerobik - women online magazine

Kredit Foto: Weightwise

Manfaat Senam Aerobik. Pelbagai manfaat senam aerobik,bukan sekadar untuk menjaga kesihatan jantung dan paru-paru.Bahkan turut menurunkan berat badan!

Senam aerobik dikatakan sangat efektif dan bermanfaat untuk menurunkan berat badan. Selain bermanfaat menurunkan berat badan, senam aerobik ini juga dikatakan mampu menjaga kesihatan jantung dan paru-paru.

 

Manfaat senam aerobik yang patut anda tahu;

1. Senaman aerobik merupakan bentuk senaman kardiovaskular yang membantu membuat jantung menjadi lebih kuat. Ketika melakukan aerobik, jantung akan memproses lebih banyak oksigen dan meningkatkan kekuatan pengepaman darah.

2. Senaman aerobik secara teratur membantu mengurangi kolesterol dalam arteri sekaligus melancarkan perjalanan darah.

3. Senaman aerobik berguna untuk membakar kelebihan lemak sehingga mengurangi risiko pelbagai penyakit terutama yang berkaitan denga obesiti.

4. Senaman aerobik berupaya menurunkan tekanan darah sehingga mencapai tahap normal.

5. Senaman aerobik membuatkan tubuh lebih berotot, kuat dan ramping.

6. Senaman aerobik mengurangi kolesterol jahat dalam darah.

 

Ekstra Tips!

Terdapat pelbagai jenis senam aerobik, dan anda harus bijak memilih jenis senaman yang efektif untuk menurunkan berat badan. Berikut adalah cara memilih senam aerobik untuk menurunkan berat badan.

1.    Pilih senam aerobik yang melatih pelbagai bahagian tubuh

Senaman aerobik terbaik untuk membakar lemak adalah yang melibatkan pergerakan pelbagai anggota tubuh. Contoh, senam aerobik jenis ini termasuk pelbagai jenis senaman seperti bermain bola sepak, futsal atau tenis. Bahagian-bahagian tubuh akan bergerak seperti kaki, lengan, perut, leher dan lain-lain akan membuat proses pembakaran lemak berlaku dengan lebih optimum.

 

2.    Sesuaikan dengan tahap kesegaran

Jika ada adalah orang yang baru mula berjinak-jinak untuk bersenam, pilih senam aerobik yang ringkas. Jika tahap kesegaran anda sudah meningkat, anda boleh memilih senaman yang lebih intensif seperti berenang atau ‘skipping’.  Jika tahap kesegaran anda telah mencapai puncak, anda boleh melakukan intensif tinggi seperti berlari atau bertinju.

 

Baca Juga: Senaman Tegangkan Payudara

 

3.    Waktu dan tempoh terbaik untuk aerobik

Ada kajian menyatakan bahawa senam aerobik dilakukan pada waktu perut kosong pada waktu pagi, setelah minum segelas atau dua gelas air akan membantu membakar lemak tubuh sebanyak 300% lebih banyak dibandingkan waktu lain. Senam aerobik untuk menurunkan berat badan perlu dilakukan paling kurang 45 minit sebanyak tiga atau empat kali dalam seminggu. Lengkapi senaman rutin anda itu dengan diet seimbang dan hindari makan berlebihan, makanan berlemak dan berminyak serta makanan segera. Minumlah air putih secukupnya sepanjang hari di antara sesi senam aerobik untuk menjaga kesihatan tubuh.

 

Nota Kaki: Jika suka, anda boleh SHARE artikel ini.

<< Anda mahu nampak sihat, cergas dan segar bertenaga walaupun seharian berpuasa? Rahsianya ada di…

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

10 Khasiat Mujarab Bawang Putih

Next post

Tampil Lebih Elegan Dengan Tudung Bawal Satin

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *