Senaman

Kurus Secara Sihat Dengan Senaman Kardio

Senaman Kardio - Women Online Magazine

Foto: i3.mirror

Senaman kardio berfungsi sebagai sistem peredaran dan sistem pernafasan untuk membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan pada jangka masa yang panjang semasa melakukan aktiviti.

Ia akan meningkatkan kecekapan sistem peredaran dengan membesarkan otot jantung, membolehkan lebih banyak darah dipam pada setiap degupan, dan meningkatkan jumlah arteri kecil dalam otot rangka terlatih, yang membekalkan lebih darah ke otot yang bekerja.

Senaman ini juga memperbaiki sistem pernafasan dengan meningkatkan jumlah oksigen yang disedut dan diedarkan ke tisu badan. Tahap kecergasan meningkat apabila keupayaan daya tahan kardiovaskular melebihi tahap purata kapasiti aerobik, iaitu kapasiti penggunaan oksigen yang maksimum oleh badan semasa melakukan aktiviti fizikal. Banyak jenis senaman kardio yang boleh anda lakukan, antaranya berjalan, berlari, berbasikal dan berenang.

Senaman Kardio

Berjalan

Teknik yang efektif untuk membakar lemak, namun bukan yang terbaik. Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kecederaan atau obesiti yang menyukarkan untuk berlari. Oleh kerana tiada pilihan oleh mereka yang punyai masalah fizikal, berjalan adalah pilihan terbaik.

Kebaikan Berjalan

  • Sesuai untuk golongan obesiti yang masih belum mampu membuat senaman kardio yang lebih berat.
  • Risiko kecederaan yg rendah pada bahagian kaki.
  • Sesuai dilakukan 3 hingga 4 kali dalam seminggu dengan tempoh berjalan adalah 20-45 minit setiap sesi.

Berlari

Teknik ini lebih efektif dari berjalan, tetapi bukannya “sprint runner”. Cukup dengan larian seperti berjogging sahaja. Tujuan berlari adalah untuk membakar lemak dengan lebih cepat dan banyak. Semasa berlari, karbohidrat dan lemak yang terkumpul dalam badan akan dijadikan bahan bakar. Berlari adalah seperti berjalan,banyak melibatkan pergerakan kaki, jadi teknik larian yang betul diperlukan untuk mengelak kecederaan semasa larian.

Kebaikan Berlari

  • Dapat membakar lemak dengan lebih banyak dan cepat.
  • Melatih otot belakang badan supaya kuat dan mampu menyokong tulang belakang.
  • Sesuai dilakukan dalam 3 hingga 4 kali seminggu dengan tempoh larian antara 20-30 minit setiap sesi.

Berbasikal

Berbasikal memerlukan gerak kerja otot yang sama seperti berlari, namun bagusnya adalah risiko kecederaannya lebih rendah. Amat digalakkan untuk membakar lemak secara kosisten.

Kebaikan Berbasikal

  • Risiko cedera lebih rendah dan mampu membakar lemak dengan sangat baik.
  • Sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti lebih mencabar.
  • Sesuai dilakukan dalam tempoh 30-45 minit setiap sesi.

Berenang

Berenang adalah melibatkan pergerakan “total body workout”. Maksudnya lower body and upper body anda perlu bekerja sekali untuk membantu proses renangan. Ianya membakar lemak dengan sangat baik malah risko kecederaan adalah paling minimum. Jika teknik yanh anda lakukan betul, berenang mampu membina muscle, ianya adalah bonus selain mampu membakar lemak.

Kebaikan Berenang

  • Risiko kecederaan sangat rendah jika dibandingkan dengan berlari.
  • Sangat bagus kerana semua otot badan bekerja membakar lemak.
  • Menambah skill renangan dengan lebih baik.
  • Membakar kalori yang banyak untuk membantu mengurangkan lemak dalam badan.

<< Ketahui cara untuk mengecilkan paha di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Menu Sihat Tanpa Gula

Next post

Cerahkan Wajah & Hilangkan Jerawat Dengan Asam Jawa

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *