SenamanSihat

Ketahui Cara Mengecilkan Lengan

Cara Mengecilkan Lengan - women online magazine

Semua dah ok, perut rata, pinggang ramping, betis kecil, tapi lengan besar!

Bagi mereka yang pentingkan penampilan, tentu sahaja memiliki lengan yang besar akan menjadi masalah. Lengan adalah antara bahagian tubuh yang cukup diberikan perhatian oleh kaum wanita. Bahkan setiap daripadanya pasti bukan sahaja mendambakan bentuk tubuh yang indah, malahan turut mengimpikan lengan yang ideal.

Sebenarnya ada banyak cara untuk mengecilkan lengan. Tetapi tips yang ingin WOM.my berikan untuk anda ini tidak memerlukan anda mengeluarkan perbelanjaan besar. Anda juga tidak perlu takut kerana tips ini juga tidak menggunakan sebarang bahan kimia berbahaya yang boleh menganggu kesihatan anda. Jom, semak!

Berikut adalah Cara Untuk Mengecilkan Lengan yang boleh anda praktik. Tetapi pastikan anda melakukannya secara rutin untuk mendapatkan hasil yang baik.

Cara Mengecilkan Lengan Dengan Senaman

1. Anda boleh mengangkat ‘dumbell’ untuk membantu mengecilkan dengan tangan anda.

2. Lakukan senaman ‘push up’ sehingga lengan anda menjadi kuat dan membantu membakar timbunan lemak yang ada di tangan.

3. Lakukan gerakan ‘dips’ dengan cara posisikan kedudukan  tubuh anda dekat dengan kerusi atau anak tangga. Gunakan kedua belah tangan anda untuk menahan beban tubuh dengan bersandar pada kerusi atau benda lain yang anda gunakan.

4. Secara perlahan-lahan, bengkokkan  siku anda lebih kurang 90 darjah sambil menurunkan tubuh. Kemudian secara perlahan, luruskan kembali tangan anda kepada posisi awal. Pastikan agar pinggang tetap lurus dan berat badan anda seimbang di antara tangan dan kaki. Lakukan selama 15 saat  dengan setiap satu kedudukan sebanyak lapan kali.

5. Cuba buat gerakan ‘alternating curls’  yang mana anda berdiri tegak dengan membuka kaki seluasnya. Pada gerakan ini, posisi lutut dibengkokkan sedikit. Sementara itu, pegang dumbbell di kedua belah tangan. Posisikan kedua tangan pada bahagian sisi tubuh. Pastikan bahawa posisi pinggang dalam keadaan tegak dan bahagian tangan atas tetap berada di sisi tubuh.

Untuk melakukan gerakan membengkok, bengkok siku pada satu tangan lalu angkat secara perahan genggaman tangan dengan ketinggian setinggi bahu. Kemduian kembalikan tangan ke sisi tubuh seperti kedudukan sebelumnya. Lakukan secara bergantian dengan menggunakan tangan lain.

Cara Mengecilkan Lengan Dengan Menjaga Pola Pemakanan

1. Pengambilan kacang-kacangan dapat mengurangi lemak yang tidak baik yang ada di dalam tubuh. Ia juga dapat mengurangi risiko kanser.

2. Kurangkan pengambilan makanan yang banyak mengandungi lemak dan kalori. Hentikan semua gorengan, minuman yang bergula.

3. Perbanyakkan pengambilan makanan yang banyak mengandungi vitamin, serat, protein, kalsium dan makanan rendah kadar lemaknya

4. Pengambilan teh hijau yang sangat berkhasiat dalam membakar lemak jahat yang ada di dalam tubuh seperti lemak pada paha dan betis.

5. Perbanyakkan minum air putih terutama setelah anda bersenam.

Kredit foto: fitsugar

<< Ingin tahu cara menghilangkan lemak di dagu? Klik link ini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Mee Kari Ayam

Next post

Resepi Macaroni Cheese

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *