SenamanSihat

9 Kebaikan Bersenam

kebaikan bersenam - women online magazine

Kredit Foto: stepaheadwellnesscenter

Kebaikan Bersenam.Bersenam adalah salah satu cara untuk mendapatkan fizikal yang sihat.

Jika keadaan fizikal anda sihat dan cergas, anda boleh melakukan apa sahaja pekerjaan dengan maksimum. Terdapat banyak kebaikan bersenam jika anda rajin melakukannya.

Bersenam bukan bermakna anda perlu menghabiskan waktu berjam-jam di pusat fitness ataupun di perkarangan tasik.Senaman seperti yoga atau ‘sit up’ tidak memerlukan waktu yang lama dan anda boleh melakukannya di ruang kediaman.

Jika anda betul-betul tidak mempunyai waktu untuk bersenam, anda hanya perlu mempraktikkan senaman yang paling mudah dan murah iaitu berjalan kaki!

Berikut beberapa kebaikan bersenam setiap hari yang boleh anda peroleh:

1. Memperkuatkan Jantung

Bersenam bukan sahaja membuatkan anda berasa lebih sihat dan segar, malah memperkuatkan lagi keadaan jantung anda. Secara tak lansung tindakbalas jantung menjadi lebih efisien. Jantung juga akan terus berlatih sehingga menjadi lebih kuat. Otot jantung yang kuat berupaya membantu mencegah penyakit jantung.

 

2. Mengurangi Kadar Gula Darah

Senaman mampu melancarkan otot untuk mengambil glukos dalam darah dan mengubahnya menjadi energi. Ia penting untuk mengurangi risiko terkena diabetis dan penyakit kardiovaskular  lain, yang disebabkan oleh kurangnya aktiviti fizikal.

 

Baca Juga: Menu Sihat Tanpa Gula

 

3. Menjaga Paru-Paru

Bersenam mamu membuatkan otot paru-paru bergerak serta meningkatkan kapasiti kerja paru-paru itu sendiri. Selain itu, senaman teratur juga dapat membantu melancarkan pergaliran udara yang masuk dan keluar melalui paru-paru.

 

4. Mengurangkan Berat Badan

Senaman dapat membantu mencegah kelebihan berat badan. Apabila ia dilakukan secara teratur, bermakna semakin banyak kalori yang terbakar.

 

5. Mengawal Tekanan Darah

Senaman mampu menurunkan stress serta mempengaruhi tekanan darah. Jika tahap stress anda menurun, maka tekanan darah pun akan turut serta menurun. Jadi, sebab itulah bersenam merupakan pilihan yang tepat ketika anda berasa penat dengan aktiviti yang telah dilakukan.

 

Baca Juga: Tips Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

 

6. Elok Untuk Tulang & Sendi

Orang yang rajin bersenam memiliki tulang yang lebih padat dan kuat berbading dengan mereka yang liat atau malas bersenam. Bersenam juga elok untuk mencegah osteoporosis. Jarang bersenam juga boleh membuatkan sendi-sendi anda menjadi kaku dan lemah.

 

7. Kulit Jadi Lebih Sihat & Berseri

Salah satu menjaga kesihatan kulit yang wajar ada berikan perhatian adalah dengan bersenam. Kulit memerlukan nutrisi agar sentiasa sihat dan terjaga keanjalan serta kelembapannya.  Bersenam akan meningkatkan denyutan jantung sehingga dapat melancarkan perjalanan darah, sekaligus menyalurkan nutrisi yang baik ke sel-sel kulit.

Bersenam boleh mengurangi jerawat yang ada pada wajah dan tubuh anda. Jerawat biasanya muncul disebakan faktor luaran dan dalaman. Salah satu faktor dalaman yang mengundang timbulnya jerawat adalah stress. Bersenam akan membantu tubuh anda menjadi lebih relaks dan terhindar daripada stress.

 

Baca Juga: Penyebab Kulit Kusam

 

8. Meningkatkan Konsentrasi

Perjalanan darah  lancar ke otak disebabkan oleh senaman yang telah membuatkan fungsi kerja otak serta peningkatan kosenstrasi. Anda akan memiliki kosentrasi yang baik jika anda dapat bersenam secara teratur.

 

9. Menjadikan Kehidupan Seksual Bertambah Baik

Ketika anda berasa terlalu penat untuk melakukan hubungan seksual, bermakna ia memerlukan senaman. Latihan fizikal yang teratur boleh membuatkan anda menjadi lebih berenergi dan nampak ‘fresh’. Semua ini memberikan efek positif  pada kehidupan seksual anda. Kebaikan bersenam memang tiada tandingannya buat wanita kerana ia mampu meningatkan ghairah seksualnya.

 

Nota Kaki: SHARE lah artikel ini dengan kawan-kawan anda.

<< Ingin tahu cara mengecilkan punggung dengan cepat. Semak di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Ikan Kembung Asam Pedas

Next post

5 Jenis Minuman Jadi Ubat Sakit Kepala

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. May 22, 2015 at 1:27 am — Reply

    […] Bersenam […]

  2. […] 5. Selepas Bersenam […]

Leave a Reply to 9 Rahsia Kekal Ghairah ‘Sehangat Asmara’ Atas Ranjang – mek zaza comey Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *