SenamanSihat

6 Persiapan Sebelum “GYM in Malaysia”

Persiapan Sebelum “GYM in Malaysia”-Women Online Magazine

Nak tahu Persiapan sebelum Gym In Malaysia di sini, klik sini untuk maklumat lanjut..


Bersenam di gym kini menjadi trend dan kegilaan pada masa kini, tidak kira lelaki atau perempuan, remaja atau dewasa mahupun pelajar atau yang sudah bekerja. Ada yang pergi bersama teman, kawan dan keluarga.

Pada yang mereka yang mampu, mereka mengupah personal traineer untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang terbaik kepada empunya badan.

Ramai yang pergi ke gym berlumba-lumba mahu memiliki bentuk badan yang di idamkan. Di gym ada boleh berkongsi-kongsi maklumat dengan teman atau sesiapa sahaja yang berada di gym untuk melakukan senaman.

Tetapi paling penting, pastikan diri anda sentiasa bersedia untuk pergi ke gym supaya ia tidak menjadi sia-sia.

Antara persiapan ke gym ialah:

1) Periksa Kondisi Tubuh

Periksa dan ketahui keadaan tubuh badan anda sebelum anda memulakan senaman di gym supaya anda dapat tahu perkembangan senaman anda pada masa akan mendatang. Ramai yang mengabaikan hal ini ketika di gym:

• Berat badan
• Kemampuan push up
• BMI
Kadar denyutan jantung selepas bersenam

2) Ketahui sasaran Anda

Anda hendaklah tetapkan matlamat anda dan waktu untuk sasaran anda itu boleh tercapai. Contohnya anda mahukan tubuh badan yang lebih kurus dan langsing, menambah berat badan atau membina otot. Secara tidak langsung anda boleh memotivasikan diri anda untuk mencapai target yang diingini.

3) Persiapan Diri di Rumah

Latihan dan senaman di gym memerlukan tenaga yang banyak untuk melakukannya dengan sempurna. Anda hendaklah memastikan anda makan sebelum pergi ke gym supaya anda sentiasa bertenaga untuk pergi ke gym.

Bagi mengelakkan hidrasi di dalam badan, disyorkan anda membawa air ke sana. Pilih supplement atau makanan tambahan yang bersesuaian dengan keperluan untuk membantu anda berlatih di gym.

# Pastikan anda makan sejam sebelum ke gym kerana tidak digalakkan untuk bersenam dengan aktiviti berat sesudah makan. Seeloknya biarkan makanan dicerna dahulu.

4) Rancang Latihan Anda Sebaiknya

Jangan bersenam mengikut nafsu sendiri. Jangan sesekali guna peralatan di gym tanpa tahu apa fungsinya kerana mungkin hanya akan menyakitkan badan dan tidak membawa sebarang faedah.

Susun dan jadualkan latihan dan senaman anda secara tersusun supaya ia dapat dilakukan dengan lebih efektif dan anda lebih proaktif.

# Anda hendaklah membuat senaman khas mengikut hanya pada satu hari supaya ia memberi impak yang maksimum.

Contohnya, satu hari di gym dikhaskan untuk senaman yang khusus pada bahagian dada sahaja.

5) Lakukan Secara Berperingkat

Lakukakan senaman dan latihan di gym itu secara berperingkat. Tidak perlu terlalu memaksa badan untuk mengangkat beban yang tidak mampu ditampung atau berlatih sehingga melebihi had masa dan penat yang ekstrem.

Melakukan latihan lebih daripada mampu secara melulu tidak menjamin hasil yang anda idamkan menjadi sia-sia, malah dikhuatiri akan mengakibatkan cedera pada tubuh badan.

6) Badan Juga Perlukan Rehat

Dapat difahami setiap individu akan bekerja keras untuk mendapatkan tubuh yang diidamkan. Namun, awas, badan anda juga perlukan rehat. Rehat yang tidak cukup akan mengakibat badan lesu dan otot mudah tercedera.

Pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang mencukupi. Ia juga akan membantu anda memulihkan tenaga dan stamina anda.

Mungkin bersenam ke gym akan membuatkan poket kita banyak mengeluarkan duit selain untuk membeli supplement sampingan khas untuk ke gym.

Senamannya juga mungkin agak memenatkan dan membosankan, tetapi jika anda konsisten melakukannya anda akan mendapat hasil seperti apa yang anda inginkan.

Kredit foto kepada Puma

 << Jom baca Tips sebelum mula bersenam di GYM

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Cara-Cara Menghormati Ibu Bapa

Next post

Bahaya Dan Kesan Merokok Kepada Wanita

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *