ProblemSihat

Senaman Untuk Penghidap Parkinson & Apakah Punca Penyakit Ini

Penyakit Parkinson - Women Online Magazine

Penyakit Parkinson adalah satu penyakit saraf yang disebabkan oleh kerosakan sel otak yang mengakibatkan pengurangan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamine.Tanpa dopamine, tubuh badan kita tidak dapat memberikan tindak balas dan berfungsi dengan baik.

Penyakit ini berlaku di kalangan warga emas dengan purata 1: 250 orang yang berusia diatas 40 tahun dan sekitar 1:100 orang yang berusia di atas 65 tahun.Antara faktor yang menyebabkan kerosakan sel adalah pendedahan melampau terhadap bahan-bahan merbahaya seperti racun rumput, racun serangga dan bahan kimia industri.

Tanda-Tanda Penyakit Parkinson

  • Menggeletar pada jari, tangan,kaki,rahang atau muka.
  • Kaku pada anggota badan seperti tangan,kaki atau tubuh badan.
  • Pergerakan badan yang perlahan (Bradykinesia).
  • Masalah ketidakseimbangan postur dan kordinasi badan yang boleh mengakibatkan jatuh.

Komplikasi Penyakit Parkinson

  1. Fizikal
  1. Psiakiatri

Masalah emosi seperti kemurungan dan keresahan. fungsi otak juga turut terjejas seperti masalah ingatan,proses pemikiran,kewarasan membuat keputusan,pertimbangan,persepsi dan masalah tidur terjejas.

  1. Sosial

Kehilangan kebolehan berdikari, pengasingan dan stres penjaga.

Rawatan

Pengendalian penyakit ini melibatkan kepakaran dari pelbagai bidang seperti doktor,jurupulih anggota,jurupulih bahasa dan pertuturan,pakar psikologi/psiakatri. Ia juga melibatkan pendidikan pesakit dan keluarga, perkhidmatan kumpulan sokongan dan amalan cara hidup sihat dengan senaman dan pemakanan yang betul.

Senaman Untuk Penghidap Parkinson:

Berjalan merupakan satu senaman yang baik untuk penghidap penyakit Parkinson kerana ia dapat mengekalkan mobiliti dan rasa berdikari. Namun senaman ini perlulah mendapat bantuan daripada ahli keluarga untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini. Lakukan senaman ini dengan cara:

  • Luaskan sedikit ruangan antara kedua belah kaki untuk dapatkan imbangan tubuh.
  • Gunakan strategi seperti mengira atau bantuan visual untuk membantu gerakan itu.
  • Berikan perhatian yang lebih sekiranya berjalan di permukaan lantai tidak rata.
  • Hayunkan tangan ketika berjalan.
  • Pakai kasut yang sesuai.
  • Elakkan risiko jatuh dan tempat yang licin serta sesak.

Adalah penting untuk penghidap penyakit Parkinson ini tidak mudah berputus asa atau berasa rendah diri kerana mereka ini masih mempunyai peluang untuk menjalani kehidupan sempurna. Sokongan moral daripada orang tersayang juga dapat menguatkan semangat untuk si penghidap penyakit Parkinson.

Kredit foto: huffpost

<< Ketahui bahaya penyakit kudis buta di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

House of Häagen-Dazs Perkenalkan Menu Mewah Baharu Yang Cukup Menggoda Deria

Next post

Tutorial Hijab Terkini Selendang Moden Chiffon

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *