KewanitaanSihat

Mesti Cuba! 4 Senaman Mengetatkan Faraj

mengetatkan faraj - woman online magazine

Kredit : styleonpurpose

Seiring dengan pertambahan usia, bukan hanya kulit wajah sahaja yang akan mengalami proses penuaan. Bahkan vagina atau faraj anda pun akan mengalami penuaan.

Ada beberapa cara mudah dan sihat untuk menjaga faraj anda agar tetap sihat dan ketat.Janganlah ada berfikir bahawa mengetatkan faraj hanya untuk kepuasan seks semata-mata.Sebaliknya ada banyak perkara yang boleh terjadi jika otot-otot faraj anda menjadi longgar, contohnya kembung perut. Sungguhpun begitu, jangan risau ada banyak cara yang boleh anda lakukan untuk mencegahnya.

Cubalah 4 senaman untuk mengetatkan faraj anda seperti berikut:

  1. Senaman Kegel

Apa yang menariknya, senaman kagel ini  anda boleh melakukannya di mana sahaja, tanpa diketahui oleh sesiapa pun tentang perkara ini. Kemutkan secara perlahan-lahan, ia akan menguatkan otot punggung di bawah saluran kencing. Tahan selama 10 saat, kemudian relaks. Ulangkan kembali selama lima minit dan lakukan pada setiap hari.

  1. Senaman Otot Dasar Punggung

Tahan dan lepaskan otot-otot dasar punggung berulang-ulang. Percepatkan dan lakukan kira-kira 10 set. Pastikan senaman ini hanya dilakukan dengan otot-otot dasar punggung. Hindari menegangkan perut, belakang , pinggang dan otot paha.

  1. Senaman Berjengket

Berjengket adalah senaman yang terbaik untuk mengetatkan faraj. Berdiri dengan kaki selebar bahu dan jaga pinggang agar tetap lurus. Bengkokkan lutut dan turunkan tubuh secara perlahan-lahan. Depakan tangan untuk hasil yang lebih baik.

  1. Senaman Naikkan Kaki

Berbaring telentang dan angkat kedua belah kaki ke udara. Angkat keduanya dan turunkan, angkat dan turunkan kembali. Seiring dengan menguatkan otot-otot kaki, senaman kaki ini juga mampu mengetatkan faraj anda.

<< Ketahui kuasa senaman kagel yang mampu membuatkan hubungan seks anda makin ‘hot' di sini.

 

 

 

 

 

 

Previous post

Ketahui 5 Jenis Makanan Yang Menjadi Penyebab Anda Kerap Diserang Migrain

Next post

Susah Tidur? Ketahui ‘Ubat Tidur Semulajadi’ Di Sini…

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *