KewanitaanSihat

Punca Sakit Pinggang Ketika Hamil & Ketahui 5 Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Sakit Pinggang Ketika Hamil - Women Online Magazine (1)

Foto: mises

Sakit pinggang adalah perkara biasa dalam kehamilan. Dianggarkan kira-kira separuh hingga tiga perempat wanita hamil mengalaminya.Walau bagaimanapun, ada banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan kesakitan ini dan menghalangnya daripada menjadi masalah jangka panjang.

Sesetengah wanita yang mengalami sakit pinggang sebelum mereka hamil mendapati keadaan mereka bertambah baik apabila usia kehamilan meningkat. Dengan nasihat dan rawatan yang betul, jarang bagi sakit pinggang menyebabkan kesukaran semasa kelahiran.

Punca Sakit Pinggang Ketika Hamil

Sakit pinggang sebenar apabila ligamen (tisu-tisu kuat dan fleksibel yang menyambungkan tulang-tulang anda), otot-otot, cakera dan sendi-sendi anda tertekan akibat postur yang tidak elok, teknik mengangkat yang salah, otot-otot yang lemah atau ketat, ataupun kecederaan. Jika anda mengalami masalah ini semasa hamil, kemungkinan besar anda sudahpun mengalaminya sebelum hamil lagi.

Masalah ini biasanya menjadi lebih teruk pada penghujung hari atau sekiranya anda telah berdiri untuk jangka masa yang lama. Ini kerana, otot-otot anda menjadi letih dan ligamen anda tertarik sedikit akibat berat badan dan bayi anda.

Sesetengah wanita akan mengalami skiatika semasa hamil. Keradangan atau tekanan daripada belakang menyebabkan saraf skiatik menjadi sakit. Ini menyebabkan rasa ngilu atau mencucuk-cucuk di bahagian kaki anda. Namun, ada pendapat mengatakan skiatika bukan disebabkan oleh bayi yang menekan saraf. Jika anda mengalami skiatika, kemungkinan besar ia akan tetap berlaku samada anda hamil ataupun tidak.

Bagaimana Mengelakkan Sakit Pinggang Ketika Hamil?

Sakit pinggang boleh dielakkan dengan memastikan anda secergas yang mungkin sebelum anda hamil. Jika anda sudahpun hamil ketika ini, masih tidak terlambat untuk anda melakukan sesuatu untuk mengekalkan kecergasan. Senaman yang kerap dapat mengurangkan kemungkinan anda mengalami sakit belakang.

Jika anda tidak biasa bersenam, mulakan perlahan-lahan. Periksa postur anda, elakkan daripada mengangkat benda berat dan menuruti nasihat tentang penjagaan belakang juga dapat membantu mengelakkan masalah ini daripada berlaku.Jika anda perlu mengangkat sesuatu, pegang benda itu rapat kepada badan anda, bengkokkan lutut dan cuba jangan pusingkan badan.

Cara Mengurangkan Sakit Pinggang Ketika Hamil

  1. Senaman

Senaman lantai pelvis dan senaman perut dapat mengurangkan tekanan. Turun ke posisi merangkak dan tegakkan belakang anda. Tarik nafas dan kemudian, apabila menghembus nafas, kemutkan otot lantai pelvis. Teruskan mengemut selama 5 hingga 10 saat tanpa menahan nafas dan tanpa menggerakkan belakang anda. Tenangkan otot perlahan-lahan pada akhir senaman.

  1. Urutan

Urutan dapat melegakan otot-otot yang letih dan lenguh. Bongkokkan badan ke hadapan menghadap belakang kerusi atau baring mengiring. Minta suami anda mengurut bahagian bawah belakang dan otot-otot yang mengunjur sepanjang kedua-dua sisi tulang belakang anda perlahan-lahan. Untuk bantuan lanjut, anda boleh dapatkan khidmat ahli fisioterapi.

  1. Postur Yang Baik

Jika anda mengalami kesakitan pada tulang punggung, elakkan dari duduk membongkok dan bengkokkan belakang anda sejauh yang anda rasa selesa. Cuba duduk di atas kusyen lembut.

  1. Berenang

Kelas seperti ini boleh membantu melegakan sakit pinggang semasa hamil.

  1. Bantal Maternity

Tidur mengiring dengan bantal berbentuk baji diletakkan di bawah perut dapat membantu mengurangkan sakit pinggang.

<< Anda masih boleh menikmati seks hebat walaupun mengandung. Ketahui di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Dapatkan 11 Kebaikan & Khasiat Buah Prune

Next post

Tips Diet Sihat Bagi Wanita Yang Bakal Memasuki Saat Menopause

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *