ProblemSihat

Penyebab & Cara Mengubati Sakit Asma

Sakit Asma - Women Online Magazine

Foto: i.huffpost

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang terkena asma atau anda adalah penderita sakit asma yang selalu memerlukan alat bantu seperti ‘inhaler' untuk menormalkan kembali sistem pernafasan anda.

Asma atau lelah adalah penyakit yang menganggu saluran pernafasan dan boleh terjadi pada siapa sahaja tanpa mengira usia. Meskipun begitu, sakit asma sering terjadi pada kanak-kanak berusia di bawah lima tahun dan orang dewasa pada usia sekitar 30an.

Ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi anda sakit asma, antaranya:

  1. Faktor Keturunan

Kebanyakan penderita asma mendapatkan penyakit ini kerana keturunan.Cuba siasat,apakah ada sejarah emak, ayah, datuk, nenek atau adik-beradik anda yang turut sama sakit asma. Jika ada, besar kemungkinan anda juga tidak terkecuali untuk mendapat sakit asma. Ini bermakna keturunan anda nanti juga berpotensi menghidap sakit asma.

  1. Faktor Persekitaran

Ini adalah faktor yang sering menjadi penyebab utama seseorang terkena sakit asma. Persekitaran yang kotor, berdebu, penuh dengan pencemaran dan asap sangat berpotensi menyebabkan seseorang itu terkena gangguan pernafasan. Jika anda berada di dalam persekitaran yang seperti itu dalam waktu yang lama, peluang untuk terkena sakit asma juga semakin besar.

Apatah lagi, jika anda bekerja atau tinggal di kawasan persekitaran pencemaran yang tinggi, ada baiknya anda mula membiasakan diri dengan kehidupan yang lebih sihat. Jauhi mereka yang merokok dan jangan lupa bersenam pada waktu pagi  ketika udara masih segar dan bersih. Di samping itu, atur jadual rutin untuk membersihkan rumah dari debu dan segala kekotoran.

  1. Faktor Makanan

Ternyata, makanan juga boleh menyebabkan seseorang terkena penyakit asma. Kesihatan saluran pernafasan juga boleh dipengaruhi oleh pengambilan makanan dan minuman yang diambil pada setiap hari. Beberapa jenis makanan boleh menjadi penyebab munculnya sakit asma. Antaranya, makanan dengan kadar MSG yang tinggi, makanan berbahan pengawet, kacang, coklat hingga minuman berkarbonat yang sejuk atau berais.

  1. Faktor Cuaca & Suhu

Perubahan cuaca yang berlawanan seperti udara yang sejuk, tingginya kadar kelembapan, selalu berada di ruangan yang berhawa dingin juga boleh mengundang alergi pada tubuh sehingga munculnya sakit asma.Jika anda terpaksa berada di kawasan yang berhawa dingin dalam tempoh waktu yang lama, cuba luangkan sedikit waktu untuk menghirup udara segar dan bersih.

Info Ekstra!

Pengambilan madu hitam memiliki banyak manfaat terutama bagi penderita sakit asma atau sesak nafas. Madu hitam pahit ini sebaiknya di ambil satu sudu teh pada pagi hari dan satu sudu teh pada malam harinya. Selain itu, lakukan juga senaman ringan untuk melancarkan pernafasan anda. Jika anda salah satu penderita sakit asma kerana efek udara, sebaiknya hindari aktiviti yang berlebihan di kawasan yang  berhawa dingin ataupun lembab.

<< Ketahui petua licinkan kulit muka secara selamat dan semulajadi di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Spritzer Bhd Lancarkan Kempen Komuniti - Air Mineral Sihat & Bersih

Next post

Nestlê Rocks Raikan Ulang Tahun Ke-10

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *