KewanitaanSihat

Rahim Kering Punca Anda Susah Dapat Anak?

 

Rahim Kering - Woman Online Magazine

Foto: l2.yimg

Secara semulajadi ketika terangsang secara seksual, vagina wanita akan mengeluarkan lendir untuk melancarkan aktiviti seksual sehingga terasa nikmat.

Namun, adakalanya pengeluaran lendir atau cecair yang sedikit, sehingga kering membuatkan hubungan seks yang dilakukan menimbulkan kesakitan. Malahan boleh menimbulkan luka pada bahagian dalam vagina dan membuatkan rasa pedih ketika melakukan hubungan intim tersebut.

Itu cerita tentang vagina kering, bagaimana pula dengan istilah rahim kering? Ada beberapa mitos yang mengatakan bahawa pemasangan alat pencegah kehamilan atau terlalu banyak mengambil minuman bersoda boleh menyebabkan rahim kering dan sebagainya.

Maksud rahim kering tersebut biasanya digunakan bagi mengantikan keadaan mandul, tidak subur ataupun susah mengandung. Umumnya kita mengibaratkan rahim sebagai ladang. Disebabkan tidak subur ia disebut ‘ladang kering’.Namun, dalam dunia perubatan tiada istilah rahim kering.

Sungguhpun begitu, memang ada beberapa faktor yang berkaitan dengan rahim dan organ intim yang boleh menyebabkan seorang wanita itu sukar untuk mengandung. Anda perlu tahu beberapa faktor yang boleh menyebabkan anda susah memiliki anak. Berikut beberapa faktor yang boleh menyebabkan seorang wanita itu sukar untuk hamil ataupun mengandung.

Faktor Yang Terjadi Pada Rahim

Gangguan pada rahim: mioma, polip, kelainan pada bentuk rahim.

Gangguan pada mulut rahim: infeksi, kelainan selaput lendir, penyempitan rahim

Faktor yang terjadi pada hormon dan organ kewanitaan di sekitar rahim

Gangguan Keseimbangan Hormon

Gangguan pada saluran kelongsong telur: tersumbat, infeksi, peradangan

Jika anda mengalami keadaan yang sukar untuk mendapat atau memiliki anak, jangan menyalahkan diri anda seratus kerana gagal menimang cahaya mata.Anda dan suami, masing-masing menyumbang faktor sebanyak 40% -punca sukar untuk mengandung. 10% – faktor gabungan anda dan suami. Manakala 10% lagi belum diketahui puncanya. Untuk itu, anda dan suami disarankan segera membuat pemeriksaan kesihatan kepada doktor sakit puan/tuan bagi mengetahui faktor apa yang menyebabkan anda sukar untuk mengandung.Anda dan suami, sama-sama akan diperiksa.Pemeriksaan ke atas anda terdiri daripada soal keadaan rahim, kelongsong telur dan saluran telur. Manakala suami anda pula, analisa keadaan jumlah sel sperma (per mililiter), jumlah sel sperma yang mampu berenang, dan jumlah sel sperma yang kualitinya normal.

Jika anda berhadapan dengan masalah ini, janganlah berfikir bahawa anda gagal memiliki anak kerana rahim anda kering, namun cubalah atasi masalah tersebut dengan melakukan beberapa perkara seperti berikut:

  1. Anda dan suami harus membuat pemeriksaan doktor bagi mendapatkan kepastian sebenar.
  2. Jaga pola pemakanan dengan pengambilan makanan bernutrisi dan zat yang seimbang.
  3. Sentiasa amalkan gaya hidup sihat. Jauhi rokok, minuman keras serta kawal pengambilan minuman berkafein.
  4. Dapatkan tidur dan rehat yang secukupnya.
  5. Rajin bersenam.
  6. Perbanyakan minum air putih.
  7. Hindari stress.
  8. Sentiasa berfikiran positif
  9. Teruslah berdoa, semoga usaha anda dan suami untuk memiliki zuriat akan termakbul.

<< Ketahui tips tidur nyenyak tanpa ganggu stress di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

13 Khasiat Daun Semambu Yang Perlu Anda Ketahui

Next post

Cubalah Diet Cepat Kurus.Berat Badan Anda Pasti Akan Turun!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *