ProblemSihat

Apa Punca Sebenar Sakit Bila Kencing?

Kencing Sakit - Woman Online Magazine (1)

Foto: allabouthealth

Anda pernahberasa kesakitan ketika kencing? Kesakitan itu mungkin disebabkan jangkitan pada saluran kencing anda.Jangkitan saluran kencing adalah penyakit biasa di kalangan warga emas. Jangkitan di mana-mana bahagian saluran kencing dikenali sebagai Jangkitan Saluran Kencing.

Jangkitan salur kencing juga biasa pada wanita. Lebih kurang 50 hingga 80% wanita mendapat jangkitan sekurang-kurang sekali seumur hidup, biasanya melibatkan ‘cystitis’ yang tidak rumit.Jangkitan salur kencing jarang berlaku di kalangan lelaki yang masih muda. Di kalangan kumpulan lelaki yang telah berumur bengkak kelenjar prostat jenis benign kebiasanya adalah faktor penyebab jangkitan salur kencing.

Faktor Jangkitan Salur Kencing

  • Hubungan seks bagi wanita
  • Salur kencing yang tidak normal
  • Kencing manis
  • Incontinens pada wanita
  • Bengkak kelenjar prostat (kaum lelaki)
  • Batu karang dalam buah pinggang
  • Hamil
  • Pemasangan tiub dalam salur kencing

Punca Jangkitan Salur Kencing

  • Escherichia coli (80-85%)
  • Staphylococcus saprophyticus (5-15%)
  • Klebsiella species (kebiasaannya mendapat jangkitan di hospital)
  • Proteus species (kebiasaannya mendapat jangkitan di hospital)
  • Pseudomonas aeruginosa (kebiasaannya mendapat jangkitan di hospital)
  • Candida
  • Enterococci dan lain-lain organisma

Cara Mengetahui Jangkitan Salur Kencing

  1. Asymptomatic bacteriuria- Tiada tanda dan gejala

Bakteria dikesan di dalam kencing tanpa tanda-tanda dan gejala tidak memerlukan rawatan anti mikrobial kecuali dalam keadaan tertentu. Ini termasuk kehamilan, sebelum pembedahan atau penggunaan alat dalam salur kencing dan selepas pemindahan ginjal. Rawatan Asymptomatic bacteriuria untuk pesakit yang menggunakan ubat ‘immunosuppression' disebabkan pemindahan organ selain daripada pemindahan ginjal (contoh organ solid atau sum-sum tulang) ataupun sebab kurang sel darah putih tidak mempunyai banyak maklumat daripada kajiandan tidak digalakkan sebagai amalan biasa.

  • Cystitis dan radang salur kencing urethra
  • Tanda-tanda jangkitan bahagian bawah salur kencing:
  • Pedih semasa kencing.
  • Kerap kencing.
  • Kerap kencing malam.
  • Sakit bahagian ari-ari.
  • Kencing keruh/berbau/berdarah.
  • Tanda-tanda dan gejala jangkitan ginjal:
  • Radang buah pinggang akut.
  • Demam, sejuk dan menggigil.
  • Sakit belakang bahagian buah pinggang kadang kadang menyusur ke bahagian pinggang.
  • Loya dan muntah.
  • Tanda-tanda dan gejala radang pundit kencing.
  • Renjatan septic – perubahan mental dan keliru, hilang selera, tekanan darah rendah, sejuk dan berpeluh hujung anggota.

Rawatan

Jangkitan salur kencing tanpa gejala tidak memerlukan rawatan. Bagaimanapun jangkitan beserta gejala memerlukan rawatan antibiotik sebagai pesakit luar. Anda perlu masuk wad sekiranya penyakit anda serius atau tidak sesuai dengan ubat makan atau anda mengalami komplikasi perubatan yang memerlukan terapi intravena.Rawatan dengan agen antimicrobial adalah tidak mencukupi. Sebab-sebab jangkitan salur kencing perlu disahkan.

Langkah-langkah pencegahan jangkitan saluran kencing

  • Pengambilan air yang mencukupi sekurang-kurangnya 3-4 liter sehari.
  • Kebersihan bahagian kemaluan dan salur kencing dengan sempurna.
  • Tingkatkan kekerapan kencing terutama selepas hubungan seks (terutama pada perempuan)
  • Elak hubungan seks berbilang pasangan.
  • Elak penggunaan ‘douches' dan semburan ‘feminine'.
  • Gunakan tuala wanita dan tukar setiap kali selepas kencing. Elakkan penggunaan tampon.
  • Pakai seluar dalam jenis kapas dan elakkan dari memakai seluar ketat.

<< Ketahui cara untuk menggemukkan badan di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Tips Menjaga Hubungan Agar Perkahwinan Makin Utuh & Suami Tak Cari Wanita Lain!

Next post

Semak, 7 Ciri Orang Malas Kerja!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *