ProblemSihat

Kenal Pasti Punca Terjadinya Kanser Rahim

Punca Kanser Rahim -Woman Online Magazine

Kredit :

doctoroz

 

Kanser rahim merupakan tumor ganas yang terdapat pada lapisan rahim (endometrium). Kanser rahim biasanya terjadi setelah masa menopause dan sering menyerang wanita yang berusia sekitar 40-60 tahun.

Rahim adalah organ reproduktif yang berfungsi sebagai tempat membesarnya janin atau kandungan. Organ ini berbentuk buah pear dan terdiri daripada bahagian badan (uterine body) dan bahagian pangkal rahim (serviks). Sempadan yang memisahkan bahagian badan rahim dan pangkal rahim dipanggil istmus.Punca yang pasti terjadinya kanser rahim ini masih belum dapat diketahui,namun penyakit ini melibatkan adanya peningkatan kadar estrogen. Di mana, salah satu fungsi estrogen yang normal adalah untuk merangsang terjadinya pembentukan lapisan ‘epitel ‘pada rahim.

Ada beberapa faktor yang boleh menjadi punca seorang wanita itu terkena kanser rahim. Berikut adalah beberapa punca yang berpotensi menyebabkan kanser rahim:

Melakukan ujian pap smear sangat penting untuk wanita agar mengetahui kesihatan pada rahimnya. Ramai wanita yang mungkin malu atau kurang menitikberatkan bahagian tubuh yang satu ini, yang mana pada akhirnya melakukan ujian pap smear bukanlah sesuatu perkara yang penting. Inilah yang menjadi salah satu punca kehadiran kanser rahim itu lambat dikesan.

  • Berusia Lebih 40 Tahun

Semakin bertambahnya usia pada seseorang, maka tubuh akan lebih mudah diserang pelbagai macam jenis penyakit. Anda yang berusia 40 tahun ke atas digalakan bersenam secara teratur, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buhan yang mampu menjaga keseimbangan dalam tubuh serta membantu regenerasi sel di tubuh. Dengan pengambilan menu yang tepat dan sihat,secara otomatik anda akan menjadi lebih sihat kerana sel tubuh selalu menjadi muda. Virus dan segala jenis penyakit tidak menyerang tubuh anda dengan mudah.

  • Sistem Ketahanan Tubuh Yang Tidak Kuat

Tidak semua orang mempunyai sistem ketahanan tubuh yang bagus. Namun, kebanyakan wanita yang normal biasanya mempunyai sistem ketahanan tubuh yang seimbang. Mereka yang dijangkiti HIV atau AIDS lebih mudah terkena penyakit kanser rahim kerana daya ketahanan tubuh mereka sangat lemah. Bahkan pelbagai virus lain boleh berkembang pesat dalam tubuh mereka.

  • Bertukar-Tukar Pasangan

Selain mudah diserang virus penyakit HIV atau AIDS, mereka yang kerap bertukar-tukar pasangan pasti lebih mudah terkena penyakit kanser rahim. Apatah lagi jika pasangan anda menghidap penyakit tersebut, maka penularan penyakit melalui hubungan seks pasti lebih mudah terjadi.

Merokok juga dikatakan salah satu punca kanser rahim yang mungkin terjadi pada para perokok khususnya wanita. Biarkan ramai yang mengatakan rokok punya sejuta kenikmatan, namun efek negatif di sebalik rasa nikmat itu tetap ada. Jika anda tidak mahu terdedah kepada penyakit kanser rahim dan segala macam penyakit berbahaya, segeralah berhenti merokok.

Mengawal atau menunda kehamilan pada wanita sebaiknya dilakukan dengan nasihat doktor.Pengambilan pil perancang lebih dari lima tahun secara rutin, ternyata memberikan efek yang buruk pada rahim wanita. Jadi, untuk mengurangkan risiko atau punca kanser rahim ini, sebaiknya anda merancang kehamilan secara semulajadi.

<< Ketahui cara terbaik untuk menunda kehamilan di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

9 Sebab Kenapa Anda Mesti Makan Buah Ceri

Next post

Resepi Sambal Telur Puyuh

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *