ProblemSihat

Senarai Produk Kecantikan Berbahaya 2014

produk kecantikkan berbahaya- women online magazineProduk kecantikan yang ada bahan-bahan terlarang berbahaya buat kesihatan, terutama untuk kulit.

Pasaran produk berbahaya ini sudah dilarang, namun  masih ada yang tetap memasarkannya ataupun membelinya. Semua itu dilakukan semata-mata kerana mahu wajah menjadi lebih putih dan ‘flawless’ dengan cepat tanpa mengetahui fungsi serta maksud di sebalik nama setiap kandungan bahan yang dimasukkan dalam produk tersebut.

Anda yang suka menggunakan produk-produk kecantikan ini perlu lebih peka dan kena ingat bahawa produk-produk tersebut tidak selamanya membantu penampilan kulit anda menjadi lebih cantik.  Jika tidak bernasib baik, anda mungkin akan berhadapan dengan masalah kulit. Bukan sekadar masalah biasa seperti jerawat, malahan mungkin lebih daripada itu. Wajah anda jadi rosak, kulit seperti melepuh terbakar, bernanah dan sebagainya.

Untuk itu, sebagai wanita anda wajar memilih kosmetik yang terbaik serta sesuai dengan kulit anda.  Jangan mudah tertipu oleh harga murah serta kata-kata manis yang para penjual kerana ia boleh menghancurkan kecantikan semulajadi yang telah anda miliki.  Sudah ramai yang menjadi mangsa produk-produk kecantikan palsu ini dan  jangan sampai anda menjadi salah seorang  daripadanya!

Produk-Produk Kecantikan Itu Berbahaya  kerana ia mungkin mengandungi:

1. Hydroquinone

Bahan ini sering didapati dalam produk pemutih kulit. Penggunaannya dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan kulit merah dan rasa  terbakar, boleh mengakibatkan masalah buah pinggang, kanser darah dan kanser sel hati.

 

2. Merkuri

Biasa digunakan dalam produk pemutih. Kesannya ialah berlaku iritasi dan alahan pada kulit, kerosakan pada otak, buah pinggang, gangguan perkembangan janin, kerosakan paru-paru, muntah-muntah dan kanser kulit.

 

3. Rhodamin

Produk yang mengandungi bahan ini akan memberi kesan kepada pengguna seperti gangguan pada pernafasan dan kerosakan hati.

 

4. Sodium Laureth Sulfate

Biasa didapati dalam produk syampu, sabun badan dan pencuci. Bahan ini akan menyebabkan alahan kulit, asma, sakit kepala, sakit sendi, pening-pening, dan katarak mata.

 

5. Isopropyl Alcohol

Alkohol jenis ini biasanya digunakan sebagai pelarut dalam produk kecantikan. Bahan ini boleh merosakkan lapisan kulit dan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan penuaan.

 

6. Tretinoin/Retinoic Acid

Jika bahan ini terdapat dalam produk kecantikan, boleh menyebabkan kulit kering dan terbakar serta menyebabkan kerosakan pada janin.

 

7. DEA (Diethanolamine), TEA (Trithanolamine) & MEA (Monoethanolamine)

Ketiga-tiga bahan ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan hati.

 

8. Minyak Mineral

Minyak mineral walaupun kedengaran seperti baik untuk kulit, tetapi ia akan melapisi kulit hingga pengeluaran toksin dalam badan terganggu. Ia boleh mengakibatkan jerawat.

 

9. Paraben

Bahan ini banyak digunakan pada deodoran dan kosmetik. Ia boleh menyebabkan kemerahan dan kesan pada kulit dan disyaki boleh menyebabkan kanser payudara.

 

10. Propylene Glycol

Produk seperti kosmetik dan pencuci muka juga banyak menggunakan bahan ini. Bahan ini mampu menyebabkan masalah kemerahan pada kulit

 

11. Polyethyene Glycol (PEG)

Boleh kelembapan kulit terganggu dan mempercepatkan penuaan dan pembiakan bakteria. dan kerosakan buah pinggang dan hati.

 

 SEMAK!!

Senarai  produk di bawah ini telah diambil daripada web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan( BFPK), Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah dikemas kini bagi tahun 2014.  Produk ini telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan cukup berbahaya buat pengguna.

 

Senarai Produk Kosmetik yang Dibatalkan Notifikasi / disenarai hitam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) untuk Tahun 2014 

1. AS Beauty Night Cream 

Bahan Kimia Yang Dikesan: Merkuri

 

2. AS Beauty Day Cream

 Bahan Kimia Yang Dikesan: Merkuri

 

3. Golden Horse Herbal Milk Lotion – GH507

Bahan Kimia Yang Dikesan: Merkuri

 

4. Golden Horse Bio C omplex Cream – GH903-2

Bahan Kimia Yang Dikesan: Merkuri

 

5. Dermaceutic Spot Cream

Bahan Kimia Yang Dikesan:     Hydroquinone dan Tretinoin

 

6. Dermaceutic Spot Peel Cream

Bahan Kimia Yang Dikesan: Hydroquinone dan Tretinoin

Kredit foto:  Hemodia

<<  6 Produk Kosmetik Berbahaya 2013. Ketahui senarainya… 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Enaknya Ikan Pari Bakar

Next post

Ketahui Makanan Penambah Darah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *