KewanitaanSihat

Ketahui Kebaikan Dan Keburukan Pengambilan Pil Hormon Buat Wanita & Lelaki

Pil Hormon - Women Online Magazine

Hormon merupakan salah satu bahan semulajadi yang dihasilkan oleh tubuh badan. Ia disalurkan melalui berbagai jaringan sel dan menimbulkan kesan tertentu sesuai dengan fungsi masing-masing.

Kini disebalik kecanggihan dunia teknologi dan perubatan, pil hormon telah dihasilkan untuk menggantikan hormon pada seseorang. Antara kesan hormon pada tubuh seseorang manusia ialah:

  • Perubahan fizikal yang dimulai dengan tumbuhnya rambut di kawasan tertentu dan bentuk tubuh khas yang ada pada lelaki ( bentuk tubuh maskulin) dan perempuan (payudara membesar dan juga lekuk tubuh)
  • Perubahan psikologi seperti perilaku feminin dan maskulin, sensitiviti dan mood.
  • Perubahan sistem reproduksi seperti organ reproduksi yang semakin matang.

Kandungan bahan di dalam hormone manusia ialah:

  • Hormon mengandungi asid amino seperti epinefrin, norepinefrin, tiroksin dan triodtironin.
  • Hormon mengandungi lipid adalah seperti testosteron, progesteron, estrogen, aldosteron, dan kortisol.
  • Hormon yang mengandungi protein pula adalah seperti insulin, prolaktin, vasopresin, oksitosin, hormon pertumbuhan, FSH, LH, dan TSH.

Pil hormon ini merupakan kontrasepsi utama yang digunakan oleh wanita seluruh dunia untuk memudahkan mereka untuk mendapatkan anak khususnya. Pil hormon estrogen dan progesterone berperanan penting dalam kehidupan wanita seperti:

Pil hormon dengan erti kata lain memberikan pengaruh yang besar pada tubuh badan serta emosi seseorang. Namun, apa yang akan terjadi jika lelaki mengambil pil hormon wanita?

Bekalan ubat murah serta mudah diperoleh merupakan antara faktor yang mendorong golongan lelaki lembut untuk ghairah bereksperimen dengan ubat-ubatan seperti pil hormon untuk mengubah penampilan mereka menjadi wanita.

Pil hormon wanita untuk membesarkan payudara boleh didapati dengan harga yang murah dalam lingkungan RM 10 sahaja. Selain daripada pil hormon yang kebiasaannya terdapat dalam pil perancang, lelaki lembut juga turut mengambil suntikan kolagen, hormone serta suntikan vitamin c.

Kesan sampingan terhadap pengambilan pil hormone pada lelaki tetap ada. Antaranya ialah:

  • Ketidakseimbangan hormon.
  • Kekejangan otot.
  • Pertumbuhan kelenjar tiroid.
  • Kanser payudara.
  • Kanser prostat.
  • Tahap kepekatan darah semakin tinggi.
  • Lapisan saluran darah makin menebal.
  • Pembekuan darah di bahagian kaki seterusnya berpindah pada organ-organ penting yang lain.
  • Mengakibatkan lumpuh.
  • Mengakibatkan kematian.

Itu merupakan kesan daripada pengambilan pil horman pada lelaki. Bagaimana pula dengan kesan sampingan pengambilan pil hormon bagi wanita?

  • Pertumbuhan jerawat.
  • Keguguran rambut.
  • Kanser payudara.
  • Kanser rahim dan kanser ovari.
  • Peningkatan risiko penyakit batu karang dalam hempedu.
  • Pendarahan tidak menentu pada rahim.
  • Pembekuan darah pada bahagian kaki serta organ penting yang lain.
  • Kencing manis.
  • Pertumbuhan fibroid dan endometriosis.
  • Pengumpulan air yang banyak dalam tubuh.
  • Pembengkakkan payudara.
  • Loya dan muntah.

Tetapi, jika anda mengalami beberapa gangguan akibat kekurangan hormon, anda bolehlah mendapatkan nasihat doktor tentang pengambilan pil hormon.

Tanda-tanda kekurangan keseimbangan hormon

Kredit foto: mncases.com

<< Ketahui tips mengatasi vagina kering ketika melakukan hubungan intim dengan pasangan di sini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Petua Mujarab Hilangkan Sakit Kepala

Next post

Iqra - Album Kompilasi Hebat Mawi & Raihan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *