Petua PemakananSihat

Teknik Masak Nasi Goreng Dengan Lebih Sihat

masak nasi goreng - woman online magazine

Kredit : mrhowontonhouse

Tentu ramai di antara kita yang suka makan dan masak nasi goreng, kan? Kelazatan nasi goreng, ditambah lagi dengan pelengkap sampingannya seperti telur, sambal dan keropok, memang cukup memukau selera.

Sungguhpun begitu, nasi goreng tetap dianggap sebagai sumber kolesterol tinggi kerana kandungan menunya yang kaya karbohidrat diolah dengan cara digoreng.Sebenarnya jika proses penyediaan dan bahan-bahannya betul, makanan ini boleh menjadi hidangan yang lebih sihat.

Berikut adalah cara dan bahan yang disarankan untuk masak nasi goreng dengan cara yang lebih sihat:

  1. Gunakan Nasi Semalam

Manfaatkan lebihan nasi atau nasi yang dimasak pada sehari sebelumnya agar nasi goreng menjadi lebih sedap. Nasi yang baru dimasak akan membuat nasi goreng anda menjadi lembik. Begitu juga dengan nasi yang telah disimpan di dalam peti sejuk, ia akan bergumpal dan menggeras.

  1. Pakai Minyak Baru

Pastikan anda masak nasi goreng dengan menggunakan minyak baru dan pastikan minyak yang digunakan tidak terlalu banyak.Hindari menggunakan minyak yang telah digunakan untuk menghindari pemanasan berulangkali. Pemanasan secara berulangkali akan membuatkan lemak tidak tepu menjadi lemak tepu. Untuk masak nasi goreng sebaiknya anda gunakan minyak sayur atau minyak zaitun.Keduanya bermanfaat untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

  1. Jangan Biarkan Minyak Menjadi Terlalu Panas Sehingga Berasap

Hindari memanaskan minyak sehingga minyak tersebut mengeluarkan asap. Selain akan membuat masakan hangus dan tidak nikmat, minyak yang dipanaskan pada suhu terlalu tinggi akan kehilangan nilai nutrisinya. Minyak zaitun memiliki titik panas yang rendah sehingga jika dipanaskan sebentar saja sudah akan mengeluarkan asap. Jenis minyak lain, seperti minyak bijan atau minyak jagung juga boleh digunakan untuk masak nasi goreng. Sementara minyak sawit dan minyak kelapa memang sebaiknya dihindari kerana kaya dengan lemak tepu meskipun tidak mengandungi kolesterol.

  1. Elakkan Menggunakan Marjerin Atau Mentega

Untuk masak nasi goreng yang lebih sihat, anda sebaiknya tidak menggunakan marjerin atau mentega sebagai pengganti minyak untuk menumis. Mentega mengandung lemak tepu tinggi sehingga berisiko meningkatkan kadar kolesterol dan risiko penyakit jantung. Manakala marjerin juga yang mengandungi asid lemak trans dan sedikit lemak tepu.

Cara Masak Nasi Goreng Versi Sihat

  1. Pastikan anda memilih bahan-bahan yang segar dan sihat.
  2. Panaskan minyak dengan api yang sederhana. Tumis bahan segar seperti bawang merah, bawang putih dan cili.
  3. Setelah itu masukkan nasi, kacau sehingga rata.
  4. Kemudian tambahkan sayur-sayuran sihat seperti lobak merah.
  5. Pastikan sayuran lebih banyak digunakan berbanding dengan daging olahan seperti sosej dan sebagainya.
  6. Elakkan penggunaan perencah nasi goreng dan sebagainya kerana ia mengandungi kadar garam tinggi dan bahan pengawet yang tidak menyihatkan.
  7. Jika anda menggunakan daging ayam, sebaiknya pilih bahagian dada di bandingkan dengan bahagian paha yang mengandungi lebih banyak lemak dan jangan lupa buang kulitnya.
  8. Jika anda menggunakan telur, sebaiknya ambil putih sahaja.Ini adalah kerana kuning telur mengandungi kalori tiga kali ganda berbanding putih telur.
  9. Untuk melengkapkan gaya masak nasi goreng anda, taburlah bawang goreng di atasnya.

<< Dapatkan resepi nasi goreng kampung di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Lengkapkan Kemeriahan Syawal Dengan Jam Tangan BERING

Next post

Ketahui Penyebab Betis Anda Besar

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *