Petua PemakananSihat

9 Khasiat Misai Kucing

misai kucing - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Misai Kucing.Pasti ramai yang sudah ketahui kebaikan misai kucing. Ini adalah kerana di negara kita sangat popular dengan jualan Teh Misai Kucing.

Misai kucing atau nama saintifiknya ‘orthosiphon aristatus’ adalah asal usul nama kepada ‘lippenblutengewachse/lamiaceae/labiatae’. Pokok herba ini ditemui di seluruh negara Asia Tenggara dan Australia Tropika.

Jom, baca khasiat Misai Kucing iaitu:

1.Membersihkan Ginjal

Toksik seperti asid urik berlebihan, sisa-sisa metabolik dan pengumpulan asid perlu disingkirkan dari badan untuk mengelakkan pengumpulan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan keletihan, kulit tidak berseri, daya tahan yang lemah, sengal-sengal dan lain-lain.

Misai Kucing ini elok untuk membersihkan ginjal dan saluran air  kencing anda.  Pendek kata ia membersihkan sistem perkumuhan anda. Oleh itu,jika anda kerap ke tandas untuk buang air,jangan fikir bahawa itu merupakan tindak balas yang negatif kerana sebenarnya ia menunjukkan proses pembersihan sedang berlaku. Yang bagusnya,penyakit batu karang juga dapat dielakkan.

2.Merawat Kencing Manis

Misai kucing ini dapat membantu membuang toksin di dalam badan dan juga membantu mengurangkan kepekatan glukosa dalam darah dengan ketara. Sekaligus mengelak dan merawat masalah kencing manis.

3. Merawat Tekanan Darah Tinggi

Ia membantu mengurangkan kolestrol dan merendahkan tekanan darah dengan cara memisahkan sel-sel darah dari bercantum  dan melekat.

Baca Juga: Cara Mudah Turunkan Kolesterol

4. Antioksidan

Menariknya mengenai Misai Kucing ini adalah ia dapat menjaga sel dari tindak balas radikal. Jika anda kerap minum teh Misai Kucing, maka anda pun dapat kelihatan muda.

Antara Khasiat Misai Kucing Yang Lain:

  • Mengurangkan tahap kolestrol
  • Membaiki tahap stamina & tenaga
  • Mengurangkan inflamasi & gout
  • Mengurangkan pembendungan air
  • Membantu melancarkan peredaran darah

 

Baca Juga: Khasiat Habbatus Sauda

 

Cara-Cara  Penggunaan Misai Kucing

Cara Pertama

  1. Ambil beberapa bunga herba Misai Kucing,  kemudian rebusnya dengan  lima cawan air.
  2. Minum setiap hari pagi  dan malam sebelum atau selepas makan .

Cara Kedua

  1. Ambil beberapa bunga herba Misai Kucing lalu digunting kecil-kecil atau dikoyakkan
  2. Rendam dengan secawan air panas.
  3. Tutup dan biarkan suam.
  4. Minum hingga habis. Amalkan setiap hari pagi dan malam.

Misai kucing ini lebih baik diamalkan setiap hari untuk keputusan yang lebih baik. Anda juga dinasihatkan untuk menjaga pemakanan seperti gula dan sebagainya ketika pengambilan Teh Misai Kucing untuk memastikan keberkesanan khasiatnya.

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Buah manjakani dikenali sebagai “herba ajaib” yang kaya dengan pelbagai khasiat. Ketahui khasiatnya di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui Petanda Awal Demam Campak Bayi

Next post

Resepi Pulut Kuning Enak Dimakan Begitu Saja

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *